Cara Buat Cappucino Sedap Daripada Kopi Segera

0
698

Cappuccino yang merupakan kopi tradisi daripada Itali dan kebiasaannya diperbuat daripada campuran espresso, susu panas dan juga buih susu dan untuk membuatnya di rumah agak mustahil jika anda tidak mempunyai mesin espresso dan biji kopi.

BACA: Kajian: Amal Minum Kopi Mampu Buat Anda Kurus

Memulakan hari dengan secawan cappuchino panas akan membuatkan mood anda ceria sepanjang hari namun secawan kopi ini di kafe-kafe agak mahal juga harganya bila dibanding dengan keadaan ekonomi sekarang.

Namun jangan risau kali ini kami kongsi cara membuat beaten coffee atau dikenali sebagai Indian Cappuchino dengan hanya menggunakan tiga bahan asas yang cukup mudah didapati dan murah harganya.

Bahan-bahannya

300 mililiter susu panas
1 sudu makan serbuk kopi segera (boleh ditambah sekiranya anda sukakan rasa kopi yang kuat)
2-3 sudu gula (mengikut citarasa)
Beberapa sudu susu bersuhu biasa untuk memukul

Cara membuatnya

1. Masukkan serbuk kopi segera, gula dan dua sudu susu ke dalam bekas (lebih elok gunakan bekas stainless steel)

2. Kacau adunan sehingga rata dan menjadi agak lembab. Jangan terlalu cair.

3. Apabila adunan telah betul-betul sebati, campurkan beberapa titik susu lagi kacau lagi sehingga rata.

4. Setelah itu gunakan pemukul dan pukul adunan sehingga ia mejadi pekat, creamy dan berwarna coklat lembut.

5. Masukkan dua sudu adunan tadi ke dalam cawan dan masukkan susu panas dan kacau sehingga sebati.

6. Taburkan sedikit serbuk kopi di atas dan cappucino anda siap untuk dinikmati.

Masa yang diambil untuk menyediakan adunan kopi pekat ini mengambil masa kira-kira 15 minit jadi kami cadangkan anda membuatnya dalam kuantiti yang banyak dan boleh simpannya di dalam peti ais sebagai stok.

Kami kongsikan juga video daripada Sharmilaz Kitchen tentang cara pembuatan cappucino ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram