Cara Buat Hantaran Kek Nasi Lemak

0
1270
Gambar: BH PLUS

Nampak gayanya kek nasi lemak semakin menjadi trend di Malaysia sejak ia mula diperkenalkan beberapa bulan yang lepas dan sering kali menjadi pilihan alternatif bagi selain kek krim yang biasa untuk pelbagai jenis majlis sama ada sambutan hari lahir ataupun majlis perkahwinan.

BACA: Kek Nasi Lemak Kini Terjual Lebih 1000 Biji

Salah satu kelainannya adalah seperti yang dilakukan oleh Redd’zert Bakery iaitu menyediakan kek nasi lemak untuk hantaran perkahwinan ataupun dijadikan kek perkahwinan.

Pemiliknya Sofia Eianastasia Soffian Chen, 28, menceritakan setiap kek nasi lemak yang sediakan dijual dengan harga RM45 sehingga RM65 dan para pelanggan boleh memilih lauk untuk diletakkan di atas kek nasi lemak tersebut.

Menurut laporan BH Plus, kek nasi lemak yang dihasilkan Sofia akan disediakan beberapa jam sebelum kek tersebut diambil oleh pelanggan bagi memastikan kesegaran dan kualiti kek tersebut.

Dalam masa yang sama Sofia turut kongsikan cara untuk menyediakan dan menghias kek nasi lemak yang sesuai dijadikan hadiah hantaran perkahwinan.

Bahan-bahannya

Gambar: BH PLUS

Nasi lemak
Sambal ikan bilis
Sambal udang petai
Timun
Telur puyuh rebus
Kacang tanah goreng
Daun parsley
Lidi dan reben

Langkah-langkahnya

1. Padatkan sedikit nasi lemak ke dalam acuan loyang bulat bagi membentuk lapisan kek.

Gambar: BH PLUS

2. Hiris timun dan susunkan di tepi bahagian nasi secara menegak.

Gambar: BH PLUS

3. Gunakan reben untuk mengemaskan lagi hirisan timun itu.

Gambar: BH PLUS

4. Ratakan sambal ikan bilis di bahagian atas dan tinggalkan sedikit ruang di tengah-tengah bahagian atas.

Gambar: BH PLUS

5. Susunkan telur puyuh rebus dan daun pasley sebagai hiasan untuk mencantikkan lagi kek nasi lemak.

Gambar: BH PLUS

6. Akhir sekali, gunakan lidi untuk cucukkan udang sambal ke atas bahagian kek.

Gambar: BH PLUS

Selamat mencuba!

VIDEO: Nasi Lemak Senawang RM1 Je?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram