Cara Buat Puding Cantik 3 Dimensi

0
253
Gambar: Saji Online

Puding sememangnya satu juadah pencuci mulut yang terkenal dan mudah disesuaikan dengan pelbagai perasa sama ada buah-buahan ataupun coklat dan susu.

BACA: Kenali 10 Pencuci Mulut Unik Dari Korea

Selain itu puding juga sesuai dijadikan perhiasan meja yang boleh dimakan sekiranya dihiaskan dengan cantik dan menarik.

Oleh itu kami kongsikan cara-cara membuat puding 3 dimensi oleh Saji Online. Puding ini mempunyai rupa yang sangat menarik perhatian ramai apabila melihatnya

Bahan-bahannya

Gambar: Saji Online

BAHAN A
1 bungkus serbuk agar-agar
1800 ml air

BAHAN B -UNTUK LUKISAN SUNTIKAN
10 gm serbuk agar-agar
3 sudu besar gula
1000 ml susu segar
Pewarna hijau dan merah

BAHAN C – LAPISAN BAWAH
10 gm serbuk agar-agar
½ cawan gula haus
1 sudu kecil serbuk agar-agar
1200 ml susu segar

Cara membuat puding 3 dimensi

1. Larutkan bahan A di dalam periuk sehingga mendidih, gunakan api yang perlahan. Apabila sudah sejuk baru dituang ke dalam bekas.

Gambar: Saji Online

2. Setelah itu sebatikan bahan B dan tapisnya sebelum dibahagi kepada dua bahagian warna iaitu merah dan hijau (gunakan setitik dua pewarna sahaja).

Gambar: Saji Online

3. Bahan B yang sudah disebatikan tadi perlu sentiasa dalam keadaan panas (boleh guna kaedah seperti di dalam gambar) supaya memudahkan langkah untuk menghias.

Gambar: Saji Online

4. Apabila adunan puding sudah suam, gunakan penyuntik dan sedut bahan B yang berwarna merah dan suntiknya dibahagian tengah puding untuk membentuk kelopak bunga.

Bagi kelopak yang sedang mengembang boleh bengkokkan jarum dan suntik secara perlahan-lahan.

Gambar: Saji Online

Untuk daun pula ambil bahan B yang berwarna hijau dan suntik ke dalam puding dan anda boleh bentuknya dengan menggunakan acuan secara perlahan-lahan.

Gambar: Saji Online

5. Setelah itu, masak bahan C sehingga sedikit mendidih dan sejukkan seketika sebelum dituang untuk menutupi permukaan puding yang telah disuntik itu.

Gambar: Saji Online

6. Boleh sejukkan di dalam peti ais untuk beberapa jam sebelum diterbalikkan.

Gambar: Saji Online

VIDEO: Sedap Betul Air Pandan Monster, Crazy Blue!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram