Cara Buat Teh Tarik Sesedap Kedai Mamak

0
1627
Gambar: Curious Nut

Teh tarik adalah satu minuman yang telah menjadi identiti kepada masyarakat Malaysia bahkan ia seakan minuman ruji seharian kebanyakan orang di Malaysia.

BACA: 10 Makanan Anda Jangan Simpan Dalam Peti Sejuk

Setiap pagi pasti minuman ini antara yang paling banyak dipesan apabila di kedai makan terutamanya kedai mamak.

Ini kerana kebiasaannya teh tarik yang disediakan di kedai mamak mempunyai rasa yang cukup kaw daripada segi rasa teh dan susu pekatnya.

Apa kata anda cuba cara membuat teh tarik yang dikongsikan oleh Zaim Ahnaf Sufi di Facebooknya dan dikatakan ia mampu menandingi rasa teh tarik di kedai mamak.

Bahan-bahan yang diperlukan:

2 senduk serbuk teh (sebarang jenama)
1 Susu pekat (guna secukup rasa)
Secubit garam
Air secukupnya
Periuk

Cara membuatnya:

1. Masukkan teh ke dalam periuk yang berisi air dan hidupkan api.

2. Setelah warna teh bertambah pekat dan aromanya naik, masukkan susu pekat secukup rasa dan didihkannya.

3. Rasa air teh dan sesuaikan tahap kemanisan yang anda mahu.

4. Masukkan secubit garam apabila warna air teh menjadi pekat. Ia akan memberikan rasa lemak.

5. Padamkan api dan tapis air teh ke dalam cawan.

6. Gunakan dua biji cawan untuk menarik air teh dan siap untuk dihidangkan.

VIDEO: Pekena Pais Patin dan Patin Tempoyak Claypot Sampai Licin! 😭 😭

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram