Cara Mudah Jaga Sinki Guna Barang Daiso

0
4250

Sebenarnya tiada alasan yang perlu kita beri jika mahu mengekalkan kestabilan dan kebersihan alam sekitar. Dengan hanya menggunakan bekas berharga beberapa ringgit pun sudah memadai.

BACA: Mula Modal RM100, Suami Isteri Nekad Jual Sushi

Bagaimana mereka di Jepun mempraktikkan sistem kebersihan supaya alam sekitar tak tercemar teruk? Melalui perkongsian Kamarul Ilmar di Facebook, terdapat beberapa sistem terbaik yang diterapkan kepada masyarakat awam.

Antara sistem pengurusan sinki yang dilakukan di Jepun:

Sankaku Koona

Menggunakan “Sankaku Koona” atau Sudut Tiga Segi. Ianya adalah satu bekas yang diletakkan di sudut sinki bagi menerima buangan sisa makanan. Sistem ini digunakan di kebanyakkan rumah-rumah rakyat biasa sebab kosnya adalah yang paling murah.

Mizu Kiri Filter

Mereka juga menggunakan “Mizu Kiri Filter” atau penapis pemisah air. Ianya digunakan bagi mudah memisahkan sisa pepejal dan bahan bahan berair dan digunakan bersama-sama dengan Sankaku Koona tadi.

Terdapat sistem yang lebih advance iaitu menggunakan sistem penapis terus di dalam lubang sinki. Sistem penapis elektronik yang terus menapis dan menukar sistem pepejal kepada bahan mudah buang yang boleh dijadikan sebagai baja.

Kamarul Ilmar juga mempraktikkan sistem Sankaku Koona di rumahnya di Johor Bahru, Malaysia. Bekas Sankaku Koona dan Mizu Kiri Filter tadi dengan mudah didapati di mana-mana Daiso di Malaysia ini. Harga tak melebihi RM15.

Walaupun nampak seperti perkara remeh, namun sebenarnya perkara inilah yang telah lama menghantui masyarakat kita hingga kini. Tak salah kalau kita pula praktikannya, kan?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Kisah Basikal & Pau Stim Nami Island