Cara Penjagaan Telur Yang Betul

0
2547

Telur merupakan bahan asas makanan paling banyak digunakan dalam masakan kita. Goreng telur mata sebiji makan dengan nasi panas lepas tu letak kicap sikit memang sedap bukan?

Pernah tak anda tertanya-tanya apakah cara penjagaan telur yang betul bagi memastikan kesegarannya terjamin? Adakah cara yang kita sering lakukan itu betul atau boleh merosakkan telur dengan cepat?

BACA: Buta Seumur Hidup Kena Prank Baling Telur Busuk

Sumber dari ohmymedia.cc

Sebenarnya, telur perlu disimpan dalam kotak telur itu sendiri dan diletakkan di bahagian tengah rak dalam peti sejuk bagi mengelakkan daripada suhu berubah jika diletakkan di bahagian pintu peti sejuk, lapor laman web Good Housekeeping.

“Telur paling sesuai disimpan di tempat yang memberikan suhu konsisten, jadi bahagian tengah rak adalah tempat terbaik. Pasaraya tidak meletakkan telur dalam peti sejuk kerana kebanyakan pasaraya bersuhu di bawah 20 darjah Celsius,” tambah editor Pengguna Good Housekeeping, Sara Bewell.

Sumber dari thetanjungpuratimes.com

Walau bagaimanapun, hujah itu disangkal oleh Tim Hayward, wartawan penyiaran makanan yang mengesyorkan telur ayam lebih sesuai diletakkan di atas meja dapur.

“Rak simpanan telur dalam peti sejuk adalah tempat yang paling tidak sesuai kerana gegaran yang berterusan akan membuatkan selaput putih telur menipis seterusnya perisa makanan lain boleh meresap masuk melalui kulit telur itu,” ujarnya lagi.

Debat yang berterusan itu membuatkan akhbar Daily Mail meminta Makmal Percubaan Makanan Yorkshire untuk melakukan kajian mengenai kaedah yang mana satu lagi sesuai untuk menyimpan telur.

Keputusan kajian tersebut menunjukkan kedua-dua cara itu sesuai untuk menyimpan telur. Jadi, anda tidak perlu khuatir jika anda sudah biasa menggunakan salah satu kaedah di atas kerana dua-duanya tidak memberi kesan buruk terhadap telur yang disimpan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Layan Luke’s Lobster Di Shibuya