Cara Senang Masak Telur Gulung Korea

0
14754
Gambar: Facebook Masak Apa Hari Ini

Antara lauk yang cepat dan mudah untuk disediakan adalah telur dadar, bukan sahaja senang untuk dibuat telur dadar juga enak dimakan sama ada bersama nasi ataupun roti.

BACA: Resepi Mudah Roti Telur Sosej Cheese Meleleh

Akan tetapi kadang kala pasti anda ingin memberikan kelainan ketika memasak walaupun lauk yang disediakan adalah ringkas.

Oleh itu kami kongsikan resepi dan cara mudah untuk anda menyediakan telur gulung ala Korea ataupun dipanggil Tamagoyaki di dalam bahasa Jepun.

Resepi ini dikongsikan oleh Cik Rarra Sakura di Facebook Masak Apa Hari Ini.

Bahan-bahannya

Gambar: Facebook Masak Apa Hari Ini

4 biji telur
1 Sudu besar Mayonis atau susu segar
1 biji cili merah (didadu halus)
1/2 batang lobak merah (didadu halus)
1/2 biji bawang besar (didadu halus)
Sedikit daung bawang (didadu halus)
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Minyak atau cooking oil spray
Non stick pan

Cara-caranya

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul bersama garam dan mayonis/susu segar.

2. Kemudian tapis adunan telur bagi mendapatkan telur dada yang licin.

3. Masukkan bahan-bahan yang didadu halus, tambah garam dan lada hitam secukup rasa.

4. Panaskan kuali dengan api yang perlahan dan gunakan tisu untuk menyapu sedikit minyak di atas kuali atau gunakan cooking oil spray.

Gambar: Facebook Masak Apa Hari Ini

5. Gunakan senduk dan cedukkan 1 adunan ke dalam kuali dan ratakan memenuhi permukaan kuali.

Gambar: Facebook Masak Apa Hari Ini

6. Setelah agak separuh masak, gulungkan separuh telur dan ketepikan ke sisi kuali dan masukkan 1 senduk lagi adunan.

Gambar: Facebook Masak Apa Hari Ini

7. Ulang langkah sehingga adunan telur habis dan dapat membentuk 1 gulungan telur seperti di dalam gambar.

8. Gunakan pisau tajam dan susun potongan telur tersebut di atas pinggan dan siap untuk dihidangkan.

Gambar: Facebook Masak Apa Hari Ini

Selamat mencuba!

VIDEO: Resepi ringkas fucuk goreng ni dah ramai yang share

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram