Cara Simpan Lebihan Makanan Dalam Peti Ais

0
474

Setiap kali selepas makan di rumah pastinya anda sayang untuk buang baki makanan yang masih ada dan menyimpannya di dalam peti ais untuk dipanaskan semula. Tambah-tambah kalau kuah kari, dua kali panaskan baru terasa sedap kuahnya.

BACA: 10 Makanan Anda Jangan Simpan Dalam Peti Sejuk

Akan tetapi makanan sudah pasti ada tarikh luputnya dan seeloknya makanan yang sudah dimasak tak perlu anda simpankan untuk berhari-hari kerana kualiti makanannya mungkin sudah tidak elok lag.

Oleh itu kami kongsikan beberapa cara untuk anda simpankan makanan di dalam peti ais dan supaya tidak terlalu terdedah kepada bakteria.

1. Masakan daging atau ayam


Sebaiknya masakan yang menggunakan daging atau ayam anda perlu simpannya di dalam bekas yang tertutup sebelum dimasukkan ke dalam peti ais dan pastikan makanan tersebut dihabiskan dalam masa tiga hari.

2. Ikan, udang dan makanan laut lain


Cara simpan makanan laut ini adalah dengan menggunakan kertas aluminium dan simpan di dalam freezer. Sebelum anda hendak memakannya periksa dahulu sama ada makanan tersebut elok ataupun tidak.

3. Sup


Masakan daripada sup juga tidak elok disimpan sekiranya melebihi tiga hari. Simpan kuah sup ke dalam bekas yang tertutup dan simpan di ruangan sejuk beku. Bagi memanaskannya pula gunakan api perlahan dan biar sehingga mendidih secara perlahan-lahan.

4. Pasta


Bagi yang hendak menyimpan pasta, gunakan bekas yang tertutup supaya ia dapat bertahan selama tujuh hari. Lebih daripada tempoh itu kemungkinan pasta tersebut tidak elok lagi untuk dimakan.

5. Sandwich


Sekiranya anda mahu menyimpan sandwich, anda harus gunakan zip lock bag dan perlu habiskannya dalam tempoh 2 hari penyimpanan. Ini kerana kebiasaannya inti sandwich akan tidak elok selepas tempoh tersebut.

6. Sushi


Oleh kerana sushi diperbuat daripada bahan mentah ianya lebih cepat rosak jadi seeloknya anda perlu habiskannya dalam tempoh sehari sekiranya menyimpannya di dalam peti ais.

VIDEO: Best ke makan di Shell Out ni?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram