Cepat Ke Jepun Sebelum Gundam Ini Dirobohkan

0
892
Gambar: Kanpai-Japan

Bagi pengemar Gundam pasti sanggup buat sahaja demi mendapatkam model dan collector items yang lain seperti t-shirt, kasut bahkan mereka sanggup melawat tempat-tempat yang mempunyai tarikan Gundam.

BACA: Mengenang 5 Tahun Tsunami 2011, Jepun Bertakafur

Berita ini juga mungkin khabar yang kurang mengembirakan buat penggemar Gundam kerana pada 5 Mac 2017 nanti tugu Gundam terbesar yang ada di Odaiba, Tokyo akan dirobohkan.

cepat-ke-jepun-sebelum-gundam-ini-dirobohkan-vitdaily-02

Tugu ini telah dibuka untuk orang ramai pada tahun 2012 dan bukanlah tugu Gundam terbesar pertama kerana pada tahun 2009 tugu Gundam seperti ini juga pernah dibuka untuk umum. Namun begitu kedua-duanya tidak kekal lama.

Menurut Gundam Info, sebuah tugu seperti ini telah ada dalam perancangan untuk pembuatannya namun berita tersebut masih belum sahih dan tugu Gundam yang baru akan dipasang pada sambutan ulang tahun Gundam ke-40 tahun pada 2019 nanti.

cepat-ke-jepun-sebelum-gundam-ini-dirobohkan-vitdaily-03

Jadi buat masa sekarang bagi penggemar Gundam jangan buang masa anda, segeralah ke Jepun untuk melihat Gundam yang terbesar buat masa sekarang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram