Cepat, Mudah Dan Ringkas, Sediakan Ayam Panggang Hanya 5 Minit

0
716

Kami tahu anda tiada masa untuk bersilat di dapur. Oleh itu, kami kongsikan cara untuk menyediakan ayam panggang dalam masa 5 minit sahaja. Sesuai untuk orang bujang dan wanita berkahwin yang berkerjaya.

BACA: Teknik Perapan Ini Membuatkan Ayam Lebih Juicy Daripada Biasa

BAHAN-BAHAN:

  • Seekor ayam
  • Sebiji bawang Holland
  • Sebiji kentang
  • Sebelah biji labu
  • Setengah buku mentega
  • Herba Itali
  • Garam
  • Lada sulah
  • Seinci halia
  • Minyak zaitun

CARA MENYEDIAKANNYA:

  • Potongkan bahagian hujung sayap.
  • Kupas dan potongkan bawang, letak di dalam loyang.
  • Potongkan ubi kentang kepada empat bahagian.
  • Potongkan labu menjadi beberapa bahagian tanpa membuang kulit.
  • Letakkan kesemua bahan yang dipotong ke dalam loyang.
  • Kemudian, cairkan mentega di dalam ketuhar gelombang.
  • Tuang dan salutkan di atas ayam.
  • Taburkan pula herba Itali, garam dan lada sulahdi atas ayam.
  • Taburkan halia yang telah ditumbuk.
  • Siramkan minyak zaitun di atas sayur-sayuran.
  • Gaulkan sebati semua bahan.
  • Bakar selama 90 minit pada suhu 160c.
  • Selepas itu, ayam telah masak dan boleh dimakan.

Tonton video ini untuk maklumat lebih lanjut dan pemahaman lebih jitu daripada Recipe30:

Apa pendapat anda pula? Jika inginkan artikel sebegini di samping perkongsian tempat makan dan travel menarik, jom follow kami di Facebook dan Instagram.