Cerita Sebenar Penanaman Wasabi

0
6288

Bagi pengemar sushi pasti tahu rasa wasabi iaitu rasa pedas yang menyengat terus ke hidung dan telinga sekiranya memakannya lebih dan kerana itulah apabila memakan sushi, wasabi yang diletakkan hanyalah sedikit.

BACA: ‘Sushi’ Ini Dihasilkan Daripada Satu Bahan Sahaja

Namun adakah anda tahu, kebanyakan wasabi yang kita temui sekarang bukanlah wasabi yang sebenarnya, ia telah diproses dan dicampur dengan bahan yang lain.

cerita-sebenar-penanaman-wasabi-vitdaily-02

Jom kita lihat beberapa cerita tentang penanaman wasabi yang dikongsikan daripada Great Big Story.

1. Wasabi adalah satu tumbuhan yang sukar untuk ditanam dan mengambil masa 1 tahun 3 bulan untuk ia tumbuh dan membesar

2. Tidak boleh terlalu banyak matahari ataupun kurang matahari, wasabi perlukan kadar yang secukupnya sahaja

cerita-sebenar-penanaman-wasabi-vitdaily-03

3. Suhu air juga penting. 13-18 darjah celcius adalah suhu yang optimum untuk wasabi membesar

4. Bagi menanam wasabi, air perlukan sentiasa mengalir dan tidak terlalu laju ataupun perlahan

cerita-sebenar-penanaman-wasabi-vitdaily-04

5. Sekiranya petani wasabi gagal menanam wasabi dengan elok pada tahun tersebut, mereka perlu menunggu 1 tahun 6 bulan ke hadapan pula

6. Daio Wasabi Farm adalah ladang wasabi terbesar di Jepun dan mempunyai 19 orang pekerja

7. Ladang tersebut menuai 300,000 hingga 400,000 wasabi setiap tahun

cerita-sebenar-penanaman-wasabi-vitdaily-05

8. Cara penanaman wasabi masih lagi menggunakan tangan seperti zaman dahulu

9. Bahagian wasabi yang boleh dimakan adalah rhizome dan ramai salah sangka ia adalah akar pokok wasabi

cerita-sebenar-penanaman-wasabi-vitdaily-06

10. Rasa wasabi adalah unik kerana disamping kepedasannya akan diakhir dengan sedikit rasa manis

Kami kongsikan video menarik cara penanaman wasabi yang masih ramai tidak mengetahuinya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram