CNN Iktiraf Kek Pandan Kek Kebangsaan Singapura?

0
2335
Gambar: Edition CNN

Baru-baru ini syarikat televisyen dan media terbesar Amerika Syarikat, The Cable News Network (CNN) telah menyenaraikan 17 hidangan kek terbaik dunia dari pelbagai negara dan pelbagai jenis menu sama ada Tiramisu, Baklava, Cheesecake dan beberapa kek yang lain.

BACA: Muka Cuak Tak Terkata Terjatuhkan Kek Pengantin

Lebih membanggakan CNN turut menyenaraikan kek chiffon pandan dalam senarai kek tersebut dan mengiktiraf kek tersebut sebagai kek kebangsaan Singapura dan dikongsi bersama Malaysia.

Memang tak dapat dinafikan kek chiffon pandan yang lembut dan manis berlemak itu sememangnya menjadi tarikan kepada sesiapa sahaja merasai kek tersebut.

CNN turut menyarankan kepada setiap pelancong yang berkunjung ke Singapura dan Malaysia untuk tidak melepaskan peluang merasai kek tersebut.

Gambar: The Baking Biatch

“Keenakan kek ini terletak pada rasa semulajadi daun pandan ditambah pula dengan kelembutan doh yang dihasilkan. Ia satu kepuasan!” ujar CNN.

Malah CNN turut memuji Pine Garden’s Cake adalah antara kedai kek yang terbaik dalam menyediakan kek ini.

Namun ada sesetengah pengguna media sosial menyifatkan kek chiffon pandan ini hanya layak diterima oleh Malaysia.

Gambar: Fujibakery

Pada kami perkara tersebut bukanlah satu perkara yang besar kerana nama Malaysia turut disenaraikan dalam artikel berkenaan jadi kita patut berkongsi rasa bangga dengan pengiktirafan tersebut.

Jadi mungkin anda boleh jadikan menu kek ini sebagai hidangan minum petang ini.

VIDEO: Apa Nama Aiskrim Rasa Lemon Tu & Kek Wajib Cuba?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram