Curi Empat Bungkus Milo Lelaki Dipenjara Sehari

0
71
Sekadar gambar hiasan

Seorang peniaga pasar karat di Kuala Lumpur telah dijatuhkan hukuman penjara selama sehari dan denda sebanyak RM500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan mencuri empat paket Milo daripada sebuah pasar raya.

BACA: Ibu Tunggal Curi Durian Diberi Peluang Kedua

Majistret, Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Lokman Hakim Mohamed, 33, selepas dia mengaku bersalah telah mencuri empat paket Milo yang bernilai RM151.60.

Kesalahan itu dilakukannya di pasar raya AEON Midvalley, Brickfields pada jam 9 malam, 3 Februari yang lalu.

Dalam masa yang sama, mahkamah menjatuhkan hukuman itu bermula dari tarikh penangkapan iaitu 3 Februari dan penjara sebulan akan dikenakan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Lokman Hakim didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang seterusnya hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Akan tetapi tertuduh yang tidak diwakili penguam itu telah membuat rayuan supaya diringankan hukuman atas alasan dia perlu menyara anak dan isterinya yang sedang hamil dan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin juga memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal yang berbentuk pengajaran.

VIDEO: Apa Rasa Maggi Kari Campur Milo?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram