Dalam Hutan Ada WiFi, Boleh Berfesyen

0
393
Gambar: Harian Metro

Menjadi kebiasaan ramai antara kita pasti akan berkongsi setiap aktiviti yang dilakukan di laman sosial media dengan berkongsi gambar aktiviti mahupun suasana tempat yang dituju.

BACA: 3 Gunung Kaki Hiking Perlu Tawan Di Sabah

Bagi pengemar aktivti hutan turut tidak ketinggalan namun kebiasaannya mereka akan berkongsi apabila selesai melakukan aktiviti jungle trekking misalnya kerana sambungan internet yang terbatas.

Akan tetapi situasi itu berbeza apabila anda melawat Fashion Forest Awana, Genting Highland, iaitu sebuah hutan dipterokarpa atas (upper dipterocarp) di ketinggian 3,000 meter dari atas laut.

Sepanjang aktiviti anda di sini pasti tidak akan terputus dengan dunia Internet kerana disediakan sambungan WiFi. Selain itu kod pemakaian di sini juga berbeza dengan hutan yang lain iaitu pakaian kasual dan santai. Jadi para pengunjung yang datang ke sini boleh terus berkongsi dengan rakan-rakan di laman sosial media sepanjang lawatan.

Gambar: Harian Metro
Gambar: Harian Metro

Hutan ini diberi nama sebegitu kerana hendak memberikan pengalaman yang berbeza buat pengunjungnya bahkan flora dan fauna yang mempunyai pelbagai bentuk, warna dan saiz juga memberikan rasa fesyen terhadap pengunjungnya.

Fashion Forest ini mula dibuka pada tahun 1997 dengan kerjasama Resort World Genting dan Treks Nature memberi gambaran bahawa haiwan dan hidupan hutan adalah supermodel. Pengunjungnya pula akan berjalan santa sambil melihat catwalk show ini.

Menurut Eddie Chan yang merupakan Pengarah Trek Events serta pemandu pelancong di Fashion Forest itu mengatakan hutan ini mempunyai warnanya yang tersendiri tak seperti hutan biasa yang lazimnya berwarna hijau.

Kemudahan WiFi yang disediakan membantu para pengunjung untuk lebih memahami bagaimana sesuatu flora dan fauna itu hidup, bahkan para pengunjung boleh mengimbas kod bar yang berada pada tag pengenalan pokok untuk mengetahui nama dan maklumat lanjut berkenaan pokok tersebut.

Pada awal penerokaan, para pengunjung akan dibawa berjalan lima kawasan sekitar Fashion Forest ini iaitu Galeri 1,2,3,4 dan 5.

Gambar: Harian Metro
Gambar: Harian Metro

Pada Galeri 1, para pengunjung boleh menjamu mata dengan pokok yang hijau meninggi dan mempunyai pelbagai bentuk. Manakala di bahagian Galeri 2 pula, para pengunjung akan melihat lebih dekat titik permulaan pertumbuhan pokok. Di Galeri 2 juga terdapat beberapa ukiran daripada kayu mati yang telah diukir oleh artis.

Apabila berada di Galeri 3, para pengunjung akan didedahkan dengan pertumbuhan anak pokok yang baru hendak tumbuh serta bertemu dengan Lutung iaitu spesis monyet Dusky Leaf Monkey yang comel tetapi garang.

Bagi yang mengemari serangga pasti akan teruja apabila melawat Galeri 4 yang menerangkan berkenaan kehidupan serangga yang mempunyai pelbagai bentuk dan spesis itu.

Gambar: Harian Metro
Gambar: Harian Metro

Di Galeri 5, sebatang pokok berusia 130 juta tahun menanti kunjungan para pengunjung. Suasana yang redup kerana dilitupi dedaunan pokok tersebut pasti membuatkan para pengunjung berasa tenang ketika di sini.

Apabila waktu malam, aktivti menyelusuri hutan juga dapat dilakukan dengna bantuan lampu suluh. Ketika aktiviti ini anda berjumpa spesis haiwan yang aktif pada waktu malam seperti katak dan haiwan kecil yang lain.

Pastinya lawatan anda ke Fashion Forest ini tidak akan menghampakan kerana anda pasti akan dapat menghilangkan rasa stress dengan melihat flora dan fauna yang ada melakukan aktiviti santai bersama mereka yang anda sayangi.