Dari Burger Jalanan Kini Meniaga Atas Food Truck

0
686
Gambar: Sinar Harian

Sebelum ini hanya berniaga burger di tepi jalan dan berkembang maju sehingga mampu mempunyai food truck sendiri menandakan usaha yang gigih anak muda yang berasal dari Pontian, Johor ini.

BACA: Burger Semurah RM1.30 Laris Di Kelantan

Usaha yang berterusan oleh Mohd Idlan Mohd Salleh, 31, ini membuahkan hasil apabila food truck yang dimilikinya untuk menjual pelbagai jenis burger kini mampu menjelajah seluruh negeri dan beberapa tempat luar dari Johor.

Menurut Mohd Idlan, kehidupannya berubah selepas dia nekad membeli sebuah food truck setelah memulakan perniagaan burger yang sebelum ini beroperasi di tepi Jalan Pekan Benut.

Gambar: Sinar Harian

“Selama 13 tahun saya bekerja sebagai pembantu jurutera di kilang elektronik, akhirnya saya mencuba nasib berniaga burger di tepi jalan di Pekan Benut bermula pada 2010.

“Siang saya bekerja, manakala malam pula saya berniaga. Begitulah rutin harian saya sebelum memulakan perniagaan food truck sejak tahun lepas,”katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Gambar: Sinar Harian

Pada mulanya dia berasa agak sangsi juga dengan keputusannya untuk membeli food truck kerana bimbang tidak mendapat sambutan di Pontian namun persepsinya berubah setelah bertemu peniaga food truck yang lain.

Dia turut memberitahu para peniaga food truck yang lain tidak lokek berkongsi tips dan ilmu serta semangat kepadanya untuk mencuba perniagaan konsep baharu ini.

Berkat usaha gigihnya melakukan dia pekerjaan serentak membolehkan dia memiliki food trucknya sendiri yang berharga RM80,000.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia