Dari Burger Tepi Jalan Kini Buka Kafe Hipster

0
2032
Gambar: Harian Metro

Memulakan perniagaan burger tepi jalan dan melalui pelbagai cabaran membuatkan dua anak muda bersemangat sehingga berjaya membuat dia kafe berkonsep moden dan hipster.

BACA: Dari Burger Tepi Jalan Kini Buka Kafe Hipster

Mohd Johar M Jaafar dan Mansor Kassim lebih mesra dipanggil Achot, adalah dua orang rakan yang mempunyai kelebihan dalam mereka bentuk ruang kedai makan mereka sehingga mencipta identiti tersendiri.

Bagi cawangan kedua mereka iaitu A&J Burger Grill and Western ini menggunakan konsep eksperimentasi iaitu mix and match dan mengabungkan elemen hipster.

Walaupun kedua-dua kafe mereka berada dalam kawasan sama namun Achot mengatakan kelompok pelanggan mereka berbeza.

“Di sini kami pentingkan keselesaan pelanggan untuk lepak dalam kedai dengan ruang lebih besar kerana kebanyakannya berkeluarga dan anak muda.

“Jadi, ada ruang yang padat dengan dekorasi dan ada bahagian dibiarkan santai tapi kemas,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Kafe yang mempunyai hiasan dalaman yang menggunakan palet kayu ini baru sahaja beroperasi selama dua bulan namun sudah mampu menarik perhatian pelanggan untuk datang ke sini.

Gambar: Harian Metro

“Supaya nampak tak terlalu kosong, kami maksimumkan kreativiti dengan menyusun produk ‘rare’. Kebanyakan dipamer di kedai adalah kepunyaan sendiri hasil koleksi dan minat kami berdua,” terang Johar mengenai kafe mereka ni.

A&J Burger ini mampu memuatkan 100 orang pelanggan dalam satu-satu masa dan segala kos dekorasi dan perabot menggunakan duit simpanan mereka berdua.

Daripada segi menu, kafe ini menawarkan pelbagai hidangan masakan barat, burger bakar, ice blended dan beberapa hidangan lain yang sering menjadi pilihan pelanggan.

VIDEO: Best ke makan di Shell Out ni?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram