Demi Cinta, Coconut Shake Sampai Ke Korea

0
35296
Gambar: Sinar Harian

Bermula daripada menjadi pelanggan setia gerai coconut shake yang terletak di Taman Tuanku Jaafar (TTJ), Senawang siapa sangka seorang gadis bertemu jodoh dengan lelaki yang berasal dari korea.

BACA: Resepi Mudah Ayam Goreng Pedas Korea

Nur Izwani Ab Aziz, 26 sebelum ini memberitahu dia berjumpa dengan suaminya Mohammad Kim Seung ketika pertama kali suaminya dan rakan-rakan datang membeli coconut shake di gerainya pada suatu hari.

“Pada masa itu dia (suami) memang tak pandai langsung cakap Melayu, tapi saya mula perasan boleh dikatakan setiap hari dia akan datang ke gerai saya untuk membeli air.

“Saya nampak yang dia mahu berkawan. Walaupun tak pandai cakap Melayu dan kurang fasih berbahasa Inggeris, dia cuba berkomunikasi dengan saya dan kami banyak gunakan bahasa isyarat,” ujarnya ketika ditemui Sinar Harian.

Gambar: Sinar Harian

Nor Izwani terbuka hati menerima lamaran suaminya kerana melihat kebaikan dan keikhlasan suaminya yang telah memeluk Islam ketika pertama kali mengunjungi rumahnya pada Aidilfitri tiga tahun lepas.

Walaupun mempunyai halangan daripada segi bahasa, ia tidak menjadi masalah kepada Nor Izwani bahkan mereka akan menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Selepas berkahwin Nor Izwani sempat berkunjung ke negara kelahiran suaminya itu untuk menziarahi keluarga di sana walaupun sebelum ini tidak pernah mengimpikan untuk menjejakkan ke sana.

Bua masa ini Nor Izwani telah menyerahkan perniagaan coconut shake kepada adiknya dan dia memberi fokus kepada perniagaan makanan Korea yang diusahakan bersama suaminya secara online.

Idea ini tercetus apabila rakan-rakan adiknya tertarik untuk memesan makanan yang dibawa oleh adiknya dan sejak itu Nor Izwani memulakan perniagaan tersebut secara serius.

Buat masa ini makanan Korea yang sering mendapat tempahan adalah Kimbap, Tteokbooki, Yangnyeom Chicken yang dijual sekitar harga RM7 sehingga RM12.

Selain itu Nor Izwani turut menyediakan perkhidmatan tempahan kimci dan dihantar secara pos laju dengan harga RM25 bagi 500gram dan RM45 bagi satu kilogram dan dia bercita-cita untuk membuka restoran makanan Korea pada suatu hari nanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram