Demi Ibadah, Gadis Berjaya Turun Berat 30 Kilogram

0
56894
Gambar: Facebook Nur Leeza

Mempunyai berat badan yang berlebihan sejak daripada zaman persekolahan membuatkan seorang gadis berusia 24 tahun nekad memulakan usahanya untuk menurunkan berat badan.

BACA: Anda Ingin Kurus? Buat Enam Perkara Ini

Ketika zaman persekolahan berat Nur Leeza adalah 120 kilogram namun apabila dia melanjutkan pengajian beratnya turun kepada 106 kilogram akan tetapi beliau masih lagi digelar gemuk dan pelbagai pihak mencemuhnya.

Ketika ditemubual di Facebooknya, Nur Leeza turut berkongsi motivasi terbesar yang membuatkan dia betul-betul ingin menurunkan berat badan sehingga dia berjaya menurunkan sebanyak 34 kilogram dalam masa lapan bulan.

Gambar: Facebook Nur Leeza

“Saya nekad turunkan berat badan kerana ingin memudahkan beribadat seperti ingin bangun untuk solat dan sebagainya.

“Selain itu saya terkesan apabila bekas kekasih menghina saya dengan mengatakan saya gemuk yang tiada nilai,” ujar Nur Leeza yang juga merupakan seorang jururawat pergigian.

Berat badan Nur Leeza yang terkini adalah 72 kilogram dan dia memulakan usahanya dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman sejak bulan Julai yang lepas.

Sebelum itu dia telah mendapatkan nasihat daripada rakannya yang juga merupakan seorang doktor mengenai cara pemakanan yang sihat dan aktiviti yang sesuai dilakukan.

Tambahnya lagi memang sukar untuk mengubah tabiat pemakanan kepada cara eat clean namun dia tetap tekad untuk menjagakan kesihatan tubuh badan.

Menu harian untuk kurus

Gambar: Facebook Nur Leeza

Sejak itu dia mula makan makanan yang direbus atau dibakar dan sebolehnya dia akan mengelakkan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi. Nur Leeza turut kongsikan pelan pemakanannnya seperti ini.

Sarapan: segelas susu rendah lemak bersama oat

Makan tengah hari: Segenggam nasi beras perang, salad dan dada ayam sama ada dibakar.

Makan petang: Dua biji buah epal hijau.

Setiap hari juga Nur Leeza akan membuat senaman cardio selama 30 minit dan dia wajib meminum empat liter air kosong.

Pernah cuba namun gagal

Gambar: Facebook Nur Leeza

Sebelum ini Nur Leeza pernah berusaha menurunkan berat badannya dengan cara mengambil ubat-ubatan seperti jamu dan juga melakukan cara diet atkins.

Akan tetapi baginya mungkin cara seperti itu kurang bersesuaian dengan dirinya kerana berat yang turun hanyalah sekitar satu kilogram hingga 2 kilogram sahaja.

Kini dengan hati yang nekad dan sokongan yang penuh daripada ibu bapanya, Nur Leeza bersemangat untuk mencapai berat badan ideal untuk dirinya iaitu 65 kilogram dan masih berusaha mencapai berat tersebut.

VIDEO: Random Rabu: Sambal Belacan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram