Demi Keliling Dunia, 2 Wanita Berhenti Kerja

0
422
Gambar: BH PLUS

Bercita-cita mengelilingi dunia setelah bertemu ramai pengembara yang sedang mengelilingi dunia ketika bercuti di luar negara membuatkan dua wanita mengambil keputusan nekad dengan berhenti kerja.

BACA: Wanita Pertama Melawat Setiap Negara Di Dunia

Nor Azizan Mohd Baki, 40 dan Ong Kim Eng, 40 yang merupakan rakan karib telah berkorban dengan berjimat cermat gaji bulanan selama empat tahun bagi merealisasikan cita-cita mereka ini.

Gambar: BH PLUS
Gambar: BH PLUS

Kim Eng yang turut mesra dipanggil Kim bercerita ketika ditemui BH PLUS, bahawa dia dan Nor Azizan yang lebih mesra dipanggil Bijan akan berasa seronok apabila mendengar cerita pengalaman daripada pengembara yang lain.

Memulakan perancangan sejak 2010, Kim memberitahu pada mulanya keluarga dia dan Bijan tidak mengambil serius apabila diberitahu tentang perancangan mereka ini dan setelah mereka berhenti kerja barulah mereka sedar perancangan Kim dan Bijan adalah satu perkara yang serius.

Cerita menarik pengalaman Kim dan Bijan

1. Memula pengembaraan Benua Asia dari Mongolia dan ke China dan Tibet dengan kesempatan tiket penerbangan murah AirAsia

2. Membahagikan perancangan mengelilingi dunia kepada lima bahagian

3. Banyak menggunakan pelbagai jenis pengangkutan awam dan kenderaan orang awam ketika menuju ke Nepal, Turki, Greece dan Sepanyol

Gambar: BH PLUS
Gambar: BH PLUS

4. Bagi Benua Afrika perjalanan dimulakan daripada Kaherah, Mesir sehingga ke Cape Town dan mengambil masa lima bulan

5. Selepas itu diteruskan dengan menuju ke Eropah dan menjelajah England, Ireland, Itali dan Switzerland

6. Kim dan Bijan turut membeli sebuah motosikal berharga AS$2,000 (RM8,000) untuk merentasi benua Amerika Syarikat

 

Gambar: BH PLUS
Gambar: BH PLUS

 

7. Memilih untuk menyusuri Hutan Amazon sebagai pengembaraan terakhir mereka kerana ingin menghayati keunikan dan keindahan hutan tersebut

8. Mementingkan insurans perjalanan kerana ada pengalaman ditahan diwad sebanyak dua kali

9. Oleh kerana melawat Gunung Namrud di luar musim percutian menjadikan hanya mereka berdua yang berada di situ

Gambar: BH PLUS
Gambar: BH PLUS

10. Pernah ditipu oleh pemilik hostel dengan mengatakan terdapat pelancong lain tidur di dalam hostel tersebut walhal hanya mereka berdua

11. Motosikal mereka pernah rosak di Peru serta tidak mampu dibaiki dan bertawakal meneruskan perjalanan sebelum menjual motosikal tersebut dengan harga AS$1,000

Gambar: BH PLUS
Gambar: BH PLUS

Kami kongsikan juga gambar-gambar yang ditangkap oleh Kim dan Bijan sepanjang pengembaraan mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram