Dengan ECRL, Kuala Lumpur-Kelantan Hanya 4 Jam

0
20136
Sekadar gambar hiasan

Sebelum ini masa yang diambil untuk ke Kelantan jika menaiki kereta api adalah hampir 10 jam namun keadaan tersebut akan berubah dengan siapnya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

BACA: Ini Ukuran Cabin Baggage Yang Lepas Naik AirAsia

Projek tersebut yang kini dalam peringkat pemeriksaan awam untuk cadangan laluan kereta api elektrik dari Wakaf Bharu, Kelantan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak serta akan mempunyai 23 stesen di sepanjang landasan.

Jarak landasan yang akan dibina tersebut akan mempunyai jarak sejaruh 600.3 kilometer dan proses pembinaan dijangkakan bermula Julai ni.

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak projek ECRL ini penting bagi mendekatkan jurang pembangunan negeri pantai timur dan pantai barat.

“Selepas siap, kemudahan itu memudahkan perhubungan serta mobiliti kepada rakyat, sekali gus memacu kadar pertumbuhan ekonomi di negeri yang terbabit.

“Sebagai mod pengangkutan mesra alam, ECRL dapat menggalakkan aktiviti perdagangan, meningkatkan sektor pelancongan serta pertumbuhan hab industri di sepanjang jajaran,” maklum beliau seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Datuk Seri Najib ketika majlis pemeriksaan awam ECRL. Gambar: Harian Metro

Kesemua pusat bandar utama di Pantai Timur akan dilengkapkan dengan stesen ECRL dengan jumlah sebanyak 12 stesen penumpang, dua stesen kargo dan sembilan stesen penumpang dan kargo.

Mengambil kira faktor kekerapan banjir, landasan ECRL ini akan direka dengan ciri kalis banjir serta mempunyak ketinggian lantasan atas paran selamat banjir.

Selain itu satu terowong pengangkutan sepanjang 18 kilometer akan dibina yang menghubungkan Bentong, Pahang dan Gombak.

VIDEO: Ikan Keli Besar Lengan di Nasi Ulam Cikgu!!! 😱 😱 | Kelantan Part 2

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram