Derita Kaki Dipotong, Thaqif Hembus Nafas Terakhir

0
45835

Adik Thaqif yang didera warden sekolah madrasah tahfiz di Johor hingga terpaksa dipotong kaki kerana jangkitan kuman kini dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail sebentar tadi.

Doktor memaklumkan keluarga Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi bahawa jantung kanak-kanak itu semakin lemah. Mangsa telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 2.05 petang tadi. Perkara ini telah disahkan oleh bapa mangsa, Mohd Ghaddafi Mat Karim.

BACA: Warden Dera Thaqif Ada Rekod Jenayah Lampau

Gambar: Facebook Dayang Thaqifah

Kanak-kanak itu dijadualkan menjalani pembedahan tangan 8 pagi tadi ditangguhkan kerana kesihatannya semakin merosot dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pembedahan asal untuk memotong jari hingga siku tangan kanan mangsa itu bagi mengelakkan kuman dari merebak ke bahagian badan yang lain.

“Pembedahan tangan kanannya yang dijadual dilakukan pagi ini juga ditangguh kerana keadaannya,” jelas Nurul Nabila Ahmad, ibu saudara kepada adik Thaqif sebelum ini.

Sama-sama kita doakan semoga keluarga mangsa lebih tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rangup Dan Lembut Betul Satay Goreng Ayam Ni