Diet Telur Rebus Boleh Turunkan Berat Badan?

0
19192

Jika anda ingin menurunkan berat badan cepat, telur rebus merupakan bahan yang wajib ada dalam rutin pemakanan anda. Nampak mudah dan mustahil, tapi telur rebus dikatakan mampu membantu anda meningkatkan metabolisme dan membakar lemak.

BACA: Nenek Guna Beg Louis Vuitton Bawa Ikan

Paling mustahak, mengekalkan diet dengan telur rebus dan pemakanan yang sihat mampu menghalang kembalinya lemak-lemak degil dalam badan anda.

10 gelas air masak sehari

Sumber dari raikankasih.com

Minum banyak air masak sangat perlu untuk memastikan badan anda terhindar daripada hidrasi sekiranya anda mahu mengamalkan diet ini.

Sebanyak 8-10 gelas air masak harus diminum. Ia juga boleh membuang toksik dalam badan anda.

Hindari makanan ringan, bergula

Sumber dari pinterest.com

Makanan ringan, minuman bergula dan bergas, serta menghadkan pengambilan garam juga harus dilakukan jika anda mahu mengikut diet telur rebus ini.

Sekadar diet juga tidak boleh mengurangkan berat badan anda dalam masa yang singkat, sebaliknya anda harus bersenam setengah jam setiap hari. Kami kongsikan anda dengan menu diet seminggu berasaskan telur rebus untuk dicuba.

ISNIN:

  1. Sarapan: Dua biji telur rebus dan sedikit buah limau.
  2. Tengah hari: Dua keping ubi keledek dan dua biji epal of sweet potato and 2 apples.
  3. Makan malam: Sepinggan besar salad dan ayam.

SELASA:

  • Sarapan: Dua biji telur rebus dan sedikit buah limau.
  • Tengah hari: Sayuran hijau dan salad ayam.
  • Makan malam: Salad sayuran, sebiji buah limau dan dua biji telur rebus.

RABU:

  • Sarapan: Dua biji telur rebus dan sedikit buah limau.
  • Tengah hari: Sedikit keju rendah lemak, sebiji tomato dan sekeping ubi keledek.
  • Makan malam: Sedikit salad dan ayam.

KHAMIS:

  • Sarapan: Dua biji telur rebus dan sedikit buah limau
  • Tengah hari: Buah-buahan
  • Makan malam: Sedikit salad dan ayam stim.

JUMAAT

  • Sarapan: Dua biji telur rebus dan sedikit buah limau.
  • Tengah hari: Sayur celur dan dua biji telur rebus.
  • Makan malam: Salad dan ikan bakar.

SABTU

  • Sarapan: Dua biji telur rebus dan sedikit buah limau.
  • Tengah hari: Buah-buahan
  • Makan malam: Ayam dan sayur stim.

AHAD

  • Sarapan: Dua biji telur rebus dan sedikit buah limau.
  • Tengah hari: Salad tomato, sayur stim dan ayam.
  • Makan malam: Sayur stim.

Senang dan mudah, kan? Diet kali ini langsung tiada karbohidrat dan inilah yang membolehkan ia berkesan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Nasib Baik Sempat Rembat Daging Kicap