“Dikecam Macam Saya Bunuh Orang”

0
115524

Semalam ramai yang berkongsi pelbagai pendapat dengan aksi berani seorang gadis berusia 23 tahun yang memanjat papan tanda ‘IPOH’ yang terdapat di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak.

BACA: Percayalah, Ipoh Memang Tak Best Dan Membosankan!

Ada yang melahirkan rasa kagum dengan tindakan berani Norfarihan Baharudin dan beberapa orang rakannya dan ramai juga yang mengecam tindakan berani mati anak gadis itu.

Ketika ditanya oleh Utusan Malaysia berkenaan hal ini, Norfarihan meluahkan rasa penat dengan kecaman orang ramai berkenaan aksinya itu.

“I tak nak kasi keterangan langsung kat media. I penat kena kecam macam I ni bunuh orang. Maaf tau,” balas Norfarihan kepada wartawan melalui aplikasi Whatsapp.

Manakala ketika ditanya sama ada dia akan pergi memberi kenyataan kepada pihak polis ataupun tidak Norfarihan memberitahu dia ada pergi memberikan kenyataan dan akan memikirnya kemudian.

Selepas menerima pelbagai respon daripada warga laman media sosial, Norfarihan telah memadamkan gambar dan video aksi dia dan rakan-rakan di papan tanda tersebut dari laman Instagramnya.

Sebelum ini Norfarihan memang merupakan seorang gadis yang gemarkan aktiviti lasak dan sering melakukan aktiviti mendaki gunung, selam skuba, backpacking dan sebagainya.

Ramai yang mengecam tindakan anak gadis tersebut kerana tindakan mereka memanjat papan tanda tersebut tanpa sebarang peralatan keselamatan di ketinggian 67 meter serta tanpa kebenaran atau permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Dalam kenyataan yang lain, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyifatkan tindakan Norfarihan dan rakan-rakannya itu adalah sesuatu yang membahayakan kerana struktur papan tanda itu tidak dibina untuk menampung berat manusia dan ada kemungkinan ia boleh runtuh.

Berikut adalah video pendek aksi berani Norfarihan dan rakan-rakannya, memang agak gayat juga apabila melihatnya tetapi kami yakin bakat anak muda seperti ini boleh disalurkan kepada cara yang betul seperti penyediaan tapak rock climbing dan sukan ekstrem yang lebih mudah diakses untuk anak muda.

Dalam kemaskini terbaru, Harian Metro melaporkan keterangan daripada Norfarihan bersama dua lagi rakan wanitanya serta lima rakan lelaki yang bersama-sama memanjat papan tanda tersebut telah diambil keterangan mereka oleh pihak polis dan mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram