Doktor Bidas 4 Mitos Makanan Mengarut

0
15133

Mitos merupakan lagenda atau cerita rekaan yang dibuat oleh orang terdahulu atau menerusi kepercayaan yang diperturunkan. Ada juga mitos yang dibuat berdasarkan cakap dari mulut ke mulut juga tanpa mengetahui kesahihannya.

BACA: 10 Tahun Jadi Gelandangan, Makan Sisa Sampah

Anda mesti tahu tentang mitos makanan dan ubatan seperti mi segera, panadol dan sebagainya yang dikatakan memudaratkan kesihatan jika diambil.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran yang dikatakan berkenaan bahan ini?

Kami kongsikan dengan anda dari facebook Dr. Ahmad Zakimi Abdullah mengenai 4 makanan yang dijadikan mitos oleh masyarakat kita.

1. Mi segera ada kandungan lilin (wax)

Sumber dari notainfo.com

Mi segera boleh bertahan lama dan lembut apabila direndam di dalam air panas ialah kerana kandungan lilin atau wax yang menyelaputinya.

Dikatakan bahawa mi segera boleh menyebabkan ketagihan kerana adanya lilin ini. Seeloknya dimakan seminggu sekali dan tidak boleh hari demi hari.

Menurut Dr. Zakimi, bahaya sebenar dalam mi segera adalah dari kandungan garam yang tinggi di dalam perencahnya. Mi segera merupakan diet yang tidak seimbang.

Setakat ini, belum pernah ada lagi kes potong usus atau kanser yang disebabkan oleh mi segera.

2. Minuman 3 in 1 sebabkan 60 sakit kronik

Sumber dari online24jam.com

Pernah viral mengenai laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa jika seseorang meminum air 3 in 1 dalam masa sebulan, ia bakal menghidap lebih 60 penyakit kronik.

Kajian yang dibuat menyatakan terdapat lebihan kandungan gula dalam pek 3 in 1 yang dijual di pasaraya dan kedai.

Dr. Zakimi menjelaskan bahawa puncanya menjadi bahaya memang disebabkan oleh gula.

Apabila kandungan gula tinggi di dalam badan, maka peluang untuk mendapat penyakit sangat tinggi seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

3. Sardin punca fibroid dalam rahim

Sumber dari mohdzulkafleeyusof.blogspot.my

Pemerhatian kesihatan menunjukkan pesakit yang memiliki ketumbuhan (fibroid) di dalam rahim adalah disebabkan amalan pemakanan sardin.

Fibroid merupakan sejenis ketumbuhan yang tidak merebak ke bahagian badan yang lain. Menerusi pemerhatian ini, sardin dalam tin dikatakan mempunyai bahan kimia bersifat karsinogen.

Jika dimakan secara berturut, ia akan menggalakkan pertumbuhan fibroid dalam rahim.

Menurut Dr. Zakimi, tiada kes dilaporkan mengenai sardin penyebab utama fibroid di dalam rahim wanita.

Perkaitan makanan dalam tin seperti sardin tercemar dengan logam plumbum dari tin mungkin ada.

Hakikatnya, punca sebenar adalah kandungan garam dan bisphenol A yang tinggi dalam pembuatan sardin.

4. Panadol tinggal dalam tubuh 5 tahun

Sumber dari gettyimage.com

Satu lagi mitos yang popular adalah mengenai panadol. Dikatakan panadol yang dimakan tidak akan terus keluar selepas beberapa jam sebaliknya selepas 5 tahun.

Panadol adalah sejenis painkiller yang apabila diambil akan meredakan kesakitan terutama pada demam dan pening kepala.

Sebenarnya, panadol tidak tinggal lama di dalam badan jika diambil. Menurut Dr. Zakimi, panadol bukannya toksik jika diambil dengan sukatan yang betul.

Jika diambil lebih 20 biji (overdose), maka ia akan menyebabkan keracunan dalam hati seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Hakikatnya, panadol tinggal selama 5 tahun di dalam badan pesakit adalah mitos. Ia akan dikumuhkan selepas 4-6 jam diambil.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Mampu Tak Kami Habiskan Patin Besar Lengan? 😭 😭 😭