Doktor Dedah Punca Makan Sushi Dapat Cacing

0
8821

Sushi merupakan makanan enak yang berasal dari Jepun. Dibuat dengan kemas dan menarik, kecil tetapi mengenyangkan, hidangan sushi adalah makanan yang berbaloi untuk dinikmati bersama keluarga atau kawan.

BACA: Lagi Banyak Garam, Lagi Cepat Mati?

Baru-baru ini viral di laman sosial mengenai x-ray seorang pesakit yang dikatakan mempunyai banyak cacing dalam badan akibat sushi.

Respon yang diterima warga laman sosial sangat mengejutkan hingga ada yang menganggap sushi sudah tidak selamat lagi untuk dimakan.

Sumber dari vemale.com

Namun, menerusi status Twitter yang dimuatnaik oleh Dr. Beni Rusani, terdapat kekeliruan dan kesangsian yang ada pada gambar x-ray tersebut.

Gambar mungkin diubahsuai (Photoshop)

Sumber dari Twitter Dr. Beni

Menurut Dr. Beni, cacing tidak mungkin dapat dikesan menerusi x-ray kerana tubuh cacing tidak seperti tulang atau rangka manusia.

X-ray tidak boleh menembusi otot dan tulang hingga dapat mengesan cacing.

Sumber dari Twitter Dr. Beni

Secara langsung, gambar x-ray yang dimuatnaik di laman sosial itu mungkin sudah diedit terlebih dahulu menggunakan perisian komputer.

Cara penyediaan mungkin tak bersih

Sebenarnya, tiada masalah untuk kita makan sushi. Kemungkinan yang ada jika terdapat cacing akibat dari memakan sushi adalah kerana cara penyediaannya yang tidak bersih dan baik.

Setakat ini, belum pernah lagi timbul isu makan sushi boleh sebabkan banyak cacing dilaporkan di negara kita.

Jika ada sekalipun, ianya melibatkan penyediaan sushi yang tercemar dan tidak bersih sahaja. Ini bermaksud, sushi selamat untuk dimakan.

Sumber dari Twitter Dr. Beni

Respon yang diterima di twitter Dr. Beni turut mengatakan bahawa sushi bukanlah punca cacing yang banyak di dalam badan.

Mereka juga mengajak Dr. Beni di Twitter untuk makan sushi bersama. Jadi, pastikan anda makan sushi yang disediakan dengan baik dan sempurna.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Kami Pekena Nasi Beriyani Bombay Ayam di Tentram Cafe