Doktor: Produk Detoks Usus Penipu Besar!

0
20165

Daripada pemerhatian kami ada segelintir daripada masyarakat kita mudah terpedaya dengan produk-produk yang dikatakan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang.

BACA: Ini Perbandingan Antara Ayam Goreng KFC & McD!

Lebih buruk lagi mereka yang membeli produk-produk tersebut tidak membuat sebarang semakan dengan Kementerian Kesihatan ataupun meminta nasihat doktor sama ada produk tersebut selamat diambil ataupun tidak.

Seorang doktor bernama Hana Hadzrami telah berkongsi pendapatnya akaun Facebooknya berkenaan produk detox usus yang dikatakan mampu membersih usus seseorang daripada lemak ataupun sisa makanan yang tersangkut.

Beliau terpanggil memberikan penjelasan berkenaan produk detox usus ini apabila mendengar satu iklan di sebuah radio tempatan yang mengalakkan orang membeli produk tersebut.

Penjelasan tentang Detox usus

Detox usus bagi membuang kerak najis adalah suatu penipuan besar.

Bermacam-macam cerita direka untuk menakutkan pembeli bagi melariskan produk detox. Contohnya lilin mi segera melekat pada usus jika makan mi segera. Lemak berkumpul pada dinding usus apabila makan benda berlemak. Lalu perlu detox usus bagi membersihkannya.

Walaupun mi segera dan makanan berlemak itu tak sihat, tapi ia takkan menyalut dinding usus. Memang karut tu.

Sepanjang saya bekerja, dah beribu-ribu usus saya saksikan sendiri, sewaktu colonoscopy (teropong usus) mahupun sewaktu laparotomy (pembedahan abdomen) bagi kedua-dua jenis prosedur samada elektif (sempat beri enema: usus bersih) atau kecemasan (langsung tak sempat beri enema: usus ada najis). Tak pernah sekali pun saya nampak usus yang berkerak. Licin bersih je dinding usus tu semua.

Usus yang dijadikan Tuhan itu sempurna. Pandai minta diisi, pandailah usus tu buang sendiri sisanya. Samada lambat atau cepat saja prosesnya. Kalau banyak minum air dan makan serat, lajulah proses ‘membuang’ hasilnya. Begitu juga sebaliknya.

Penjelasan berkenaan najis dan sembelit

Keadaan usus yang sering digunakan bagi mengelirukan orang ramai.

Najis apabila terbentuk, akan dibuang sepenuhnya, tanpa meninggalkan kerak atau sisa. Usus kita tak seperti salur longkang keras yang berkerak kerana dinding usus lembut dan ada gerakan peristalsis. Kerak nasi memang ada. Tetapi kerak najis memang tiada (kecuali kerak di punggung jika berak tak basuh!)

Tak semua orang perlu buang air besar setiap hari. Ada yang membuang 2 atau 3 kali seminggu. Ada juga yang membuang sekali seminggu. Cuma perlu diingatkan, jika selepas 3 hari, najis akan menjadi lebih kering, keras dan semakin sukar dikeluarkan.

Antara penyebab sembelit:
🔹Tak cukup minum air dan makanan berserat
🔹Kurang bersenam
🔹Diet tinggi produk tenusu
🔹Ubat: seperti ubat gastrik (antacid), ubat tahan sakit jenis opioid, ubat tambah darah (ferous)
🔹Terlalu kerap makan julap (ubat sembelit)
🔹Masalah saraf (penyakit Parkinson, multiple sclerosis)
🔹Stress, mengandung
🔹Perubahan makanan (apabila melancong dsb)
🔹Takut buang air besar (terutama yang luka dipunggung, buasir dan sebagainya)

Orang yang berumur jika terdapat perubahan pada corak buang air besar (kerap sembelit atau kerap cirit) perlulah menjalani ujian colonoscope bagi mengesan kanser usus.

Nasihat Dr. Hana

Sebagai seorang doktor, beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuang duit dengan membeli produk-produk sebegitu.

Apa yang penting adalah mengamalkan cara hidup yang sihat dengan pemakanan seimbang dan mengamalkan senaman.

VIDEO: 5 Cendol Padu Di Shah Alam

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram