Donut Sushi Cara Terbaru Nikmati Hidangan Jepun

0
1065

Sushi merupakan makanan tradisi dari negara matahari terbit yang sangat terkenal di seluruh dunia dan telah diberikan pelbagai citarasa terbaru yang sesuai dengan selera masyarakat setempat.

BACA:
Mula Modal RM100, Suami Isteri Nekad Jual Sushi

Jika sebelum ini anda pernah dengar sushi dibuat sebagai kek mahupun burritos dan ada sesetengah mengubah sedikit toppings sushi dengan menggunakan sambal atau ikan yang sudah dimasak.

Terbaru kini di California sebuah restoran sushi bernama Project Poke telah mengubah cara makan sushi dengan membentuknya menjadi seperti donut dan mempunyai pelbagai toppings.

Boleh dikatakan donut sushi ini mendapat perhatian oleh orang ramai apabila Project Poke memuatnaik donut sushi ini di akaun Instagram mereka.

Nasi sushi dibentuk seakan donut dengan lubang ditengahnya manakala toppingnya diletakkan pelbagai perisa seperti hirisan salmon, isi ketam, avocado dan macam-macam lagi.

Pendek kata memang anda akan dapat banyak likes jika memuatnaik gambar di Instagram dan Facebook anda.

A post shared by SUSHIGROOVE (@sushigroove) on

Kami juga pasti fenomena donut sushi ini tidak lama lagi akan menjadi ikutan di Malaysia kerana di negara jiran kita, Indonesia telah ada restoran bernama Sushigroove telah memasukkan donut sushi dalam menu mereka.

Ataupun apa kata anda cuba buatnya sendiri di rumah kerana membuat sushi tidaklah terlalu rumit dan setelah itu kongsikan bersama gambar donut sushi yang menarik dan bagaimana rasanya pula.

VIDEO: Jaga-Jaga Jika Kawan Belanja Makan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram