Dukung Anak 2 Kilometer Demi Susu

0
3875
Gambar: Harian Metro

Seorang ibu pasti sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya dapat yang terbaik walaupun terpaksa melalui kepayahan dan kesusahan dalam meneruskan kehidupan.

BACA: Resepi Mudah Kuih Tepung Bungkus

Seorang ibu muda di Pekan Baru Gelang Patah sanggup berjalan sejauh 2 kilometer setiap hari sambil mendukung anaknya bagi mencari tin terpakai untuk dijual supaya dapat menyara belanja seharian.

Menurut laporan Harian Metro, Salley Lee, 25, akan meredah panas dan hujan bersama dua orang anaknya selama dua hingga tiga jam setiap hari bagi mencari tin terpakai dan memperolehi pendapatan sekitar RM10 sehari.

Wanita daripada suku Seletar itu memberitahu dia rela menempuhi kepayahan ini bagi membantu suaminya Amni Ibrahim, 28, yang sukar mendapat kerja tetap kerana pendatang dari Kemboja.

“Kedaifan hidup bukan suatu yang asing bagi saya yang berasal dari Kampung Simpang Arang di sini, namun keluarga kami kurang bernasib baik kerana suami sukar mendapat pekerjaan tetap dan kini hanya menjadi penjaja,” ujarnya lagi.

Sekadar gambar hiasan

Selley memberitahu suaminya hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM500 sebulan dengan menjaja kuih dan minuman.

“Kini sudah lebih sebulan saya bergerak mengumpul barang kitar semula dan hasil RM10 setiap hari cukup besar bagi saya terutama bagi menampung kos membeli susu anak bongsu.” ujar ibu muda tersebut

Setiap hari dia akan mengalas perut dengan air suam sebelum mula mencari tin terpakai di sekitar Pekan Baru Gelang Patah.

VIDEO: Roti Telur Cheese Power Bak Hang

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram