Durian Musang King Kini Di Raub!

0
4797

Anda suka dengan durian? Mahu menikmati durian jenis Musang King pada harga murah? Kini anda boleh datang ke Raub kerana ia sudah mulai luruh.

BACA: Anak Malaysia Ubah Sudan Jadi Ladang Gandum

Menurut Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Hasan Jusoh, Musang King akan berbuah selama lima bulan hingga Ogos ini di Raub.

Musim gugur Musang King telah bermula pada awal bulan ini manakala durian kampung dijangka mulai luruh tidak lama lagi.

Harga turun RM38 sekilo

Sumber dari yearofthedurian.com

“Minggu lalu harga ladang Musang King ialah RM38 sekilogram, menurun daripada RM50 sekilogram sebelumnya memandangkan bekalan buah yang semakin meningkat.

“Bagaimanapun harga runcitnya ialah sekitar RM50 hingga RM60 sekilogram bergantung kepada keadaan seperti keadaan buah, tempoh buah disimpan dan kawasan jualan,” katanya.

Tambahnya lagi, pengusaha Musang King lebih selesa menjual sendiri hasil buah mereka.

Jika mereka berhasrat untuk mengeksport ke luar negara, mereka akan merujuk kepada FAMA.

Hal ini kerana negara luar seperti Singapura dan Brunei mempunyai sambutan luar biasa kepada buah itu.

Tempoyak musang king dapat permintaan tinggi

Selain buahnya yang segar, turut mendapat permintaan ialah isi durian sejuk beku yang boleh bertahan sehingga enam bulan.

Tempoyak yang diperbuat daripada isi Musang King turut mendapat permintaan tinggi.

“Tempoyak yang diperbuat daripada isi Musang King mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang lebih sedap.”

“Pada kebiasaannya dijual pada harga RM60 sekilogram dan dijual dalam dua paket menjadikan harga jualannya RM120,” kata Hasan.

Musim luruh Musang King di Raub mendahului durian di kawasan lain adalah kerana faktor geografinya yang berbukit-bukau dan kedudukannya di banjaran Titiwangsa.

Periksa dahulu durian sebelum bayar

Buat mereka yang mahukan durian Musang King, Hasan menasihatkan agar memeriksa durian yang dibeli dengan sewajarnya.

Ini bagi memastikan harga yang dibayar adalah berpadanan dengan buah yang diperoleh.

“Musang King boleh dibezakan dengan tapak durinya yang lebih lebar dan tajam berbanding durian lain.

“Ia juga mempunyai tanda tersendiri iaitu tanda seperti tapak sulaiman di bawah buahnya,” katanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Jjimdak, Bulgogi & Bibimbap HALAL Di Korea | Day 03