Elak Jadi Mangsa Tipu Tiket AirAsia

0
1260

Syarikat Tambang Murah, AirAsia dan AirAsia X menasihati orang ramai supaya tidak tertipu dengan sindiket agensi pelancongan yang mengiklan penjualan tiket di laman sosial media.

BACA: Pickup Lines AirAsia Yang Pasti Buat Anda Tersenyum

Ini kerana terdapat beberapa agensi pelancongan yang tidak berdaftar memanipulasi Facebook dan Instagram untuk mempromosikan pakej percutian mereka.

Menerusi kenyataan yang dipetik dari BH Online, AirAsia telah membuat laporan ekoran terdapat aduan daripada mereka yang tertipu dengan agensi tersebut.

“Kita menerima beberapa aduan orang ramai yang jadi mangsa penipuan, justeri kami mengingatkan mereka supaya membuat tempahan di laman web rasmi airasia.com dan laman web rasmi syarikat bersekutu AirAsiaGo.com atau pusat jualan rasmi.

“Jenama AirAsia sering disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan menipu masyarakat dalam mengiklankan perkhidmatan mereka,” makluman daripada kenyataan tersebut.

Syarikat penerbangan itu akan mengambil tindakan undang-undang pada mana-mana individu atau kumpulan yang membuat skim haram dan menggunakan nama AirAsia.

Pihak AirAsia turut mengalakkan para pelanggan untuk menanyakan sebarang soalan atau melaporkan program yang disyaki menerusi saluran komunikasi rasmi facebook.com.airasia ataupun AskAirAsia.com/ask.

VIDEO: Pernah Dengar Pisang Goreng Lenyek?