Empat Makanan Membentuk Pinggul Menarik Wanita

0
678

Mempunyai bentuk tubuh badan yang menarik adalah idaman setiap wanita sehinggakan ada yang sanggup melakukan pembedahan kosmetik semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini.

BACA:
5 Makanan Buat Anda Lagi Bad Mood

Antara bahagian yang sering menjadi fokus wanita untuk kelihatan menarik adalah pinggul kerana ia mempengaruhi postur badan dan ketika memakai pakaian.

Bagi mendapatkan pinggul yang menarik selain melakukan senaman, pemakanan turut memainkan peranan. Oleh itu kami kongsikan empat jenis makanan yang boleh menjadikan pinggul anda kelihatan menarik.

1. Protein


Makanan daripada kumpulan protein ini sangat bermanfaat untuk membentuk otot badan. Sumber semula jadi protein yang bagus adalah daripada tuna, telur, ayam namun untuk memasaknya elakkan daripada menggoreng.

2. Karbohidrat


Karbohidrat juga adalah komponen penting untuk membentuk tubuh badan yang menarik namun pengambilannya tidak perlu sehingga berlebihan. Anda gantikan roti putih dan nasi kepada whole gran seperti kuinoa, beras perang dan oat.

3. Lemak


Dalam memilih makanan berlemak pastikan anda dapatkannya daripada sumber lemakyang baik seperti minyak ikan, minyak zaitun, kacang walnut dan mentega kacang. Elakkan daripada makanan yang berminyak.

4. Sayur-sayuran


Dalam mendapatkan bentuk badan yang menarik dan sihat anda wajib memakan sayur-sayuran. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksida seperti brokoli, bayam dan beberapa sayuran lain.

VIDEO: Pisang Goreng Salut Coklat Power!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram