Enam Tahun Kumpul Duit Beli Kerbau Pink

0
8976
Gambar: Harian Metro

Menyimpan hasrat selama enam tahun untuk memiliki kerbau albino akhir menjadi realiti untuk seorang pemuda dari Kuala Nerus, Kedah apabila berjaya menyimpan wang yang mencukupi bagi membeli kerbau unik itu.

BACA: Kit Kat Perisa Durian Bakal Tiba Di Thailand

“Demi Mickey saya sanggup menggunakan duit simpanan sebanyak RM7,000 untuk membelinya,” kata Wan Mohd Yusof Wan Jafar, 31, ketika ditemui Harian Metro.

Mohd Yusof mula berminat untuk membela kerbau albino bernama Mickey itu ketika haiwan itu berusia dua bulan namun pemilik asalnya enggan menjual kerbau tersebut.

Akhirnya ketika Disember tahun lalu pemilik kerbau tersebut bersetuju menjual kerbau albino itu setelah melihat kegigihan Mohd Yusof mengumpul wang selama enam tahun.

Kini Mohd Yusof merasakan kepuasan memiliki kerbau yang berwarna putih kemerah-merahan dan sekali pandang seakan-akan warna merah jambu.

Sekadar gambar hiasan

Satu ketika dahulu para penternak tidak menggemari kerbau seperti ini kerana ia pelik dan berbeza dari warna kebiasaan kerbau iaitu coklat ataupun kehitaman.

Namun kini kerbau albino mendapat permintaan yang agak tinggi kerana dianggap unik sehingga ada orang yang menawarkan untuk membeli Mickey dengan harga RM10,000.

Akan tetapi bagi Mohd Yusof tidak masih tidak mahu menjual Mickey kerana berasa sayang dengan haiwan tersebut dan ditambah pula dengan sifat kerbau itu yang jinak.

Apa pun, jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Kenyang Teruk Makan Di Medini’s Korean BBQ 😱