Eropah Lulus Hak Larang Pekerja Berhijab

0
892

Hak memakai hijab sewaktu bekerja sering dipertahankan oleh Muslimah di Eropah walau pelbagai kecaman dan tindakan dilakukan kepada mereka.

BACA: Mat Dan Dah Nikah Dengan Gadis Tempatan?

Ia bukan soal keagamaan, tetapi diskriminasi untuk masyarakat Islam juga umumnya.

Sumber dari Reuters

Di Eropah, Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) telah memutuskan bahawa majikan berhak melarang pekerja mereka memakai simbol agama.

Keputusan itu sekali gus disifatkan sebagai serangan secara langsung kepada wanita Islam yang berhijab di tempat kerja.

Bukan diskriminasi langsung

Dalam satu penghakiman kelmarin, mahkamah memberitahu ianya bukan diskriminasi langsung seandainya syarikat mempunyai peraturan dalaman melarang pemakaian sebarang tanda politik, falsafah atau agama.

“Diskriminasi tidak langsung adalah dibenarkan jika ia dibolehkan secara objektif oleh matlamat yang sah seperti dasar sesebuah syarikat berkecuali,” menurut mahkamah.

Keputusan dibuat di Luxembourg menerusi kes dua wanita di Perancis dan Belgium yang dipecat kerana enggan membuka tudung.

Mengecewakan, galak diskriminasi

Menurut mahkamah lagi, pengharaman tudung juga boleh menjadi diskriminasi tidak langsung jika orang mengikut satu agama atau kepercayaan atau dalam keadaan tertentu.

Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International telah menyatakan kebimbangan terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Pihaknya menyifatkan tindakan ECJ adalah mengecewakan, selain akan menggalakkan lebih banyak diskriminasi selepas ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: 5 Sarapan Orang Kita Makan, Anda Makan Yang Mana?