Fasih Korea, Lelaki Kelantan Kahwini Gadis Dari Sana

0
29428
Gambar: Facebook Muhamad Khalid Ismail

Bagi anda yang mengikuti setiap yang berlaku di laman sosial media pasti kenal dengan jejaka Malaysia yang viral apabila dijemput sebagai tetamu sebuah rancangan realiti televisyen, Abnormal Summit di Korea Selatan.

BACA: Drama Korea Goblin Popularkan Lokasi Pelancongan

Berasal dari Kelantan, Muhamad Khalid Ismail yang sekarang menetap di Seoul, Korea Selatan ini baru sahaja disatukan dengan ikatan perkahwinan bersama wanita pilihan hatinya pada Ahad yang lalu.

Majlis akad nikah yang ringkas tetapi meriah telah diadakan Masjid Pusat Seoul dan disempurnakan oleh Imam masjid berkenaan, Syeikh Abdul Rahman Lee Juhwa.

Wanita Korea bertuah bernama Lee Seul yang dapat memikat hati Khalid itu berasal dari Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan Khalid di akaun Facebooknya menunjukkan majlis akad nikah tersebut berjalan lancar dan dihadiri oleh kaum keluarga dan teman-teman rapat.

Menurut Khalid, majlis resepsi pihak isterinya akan diadakan di kampung halaman isterinya yang terletak di Suwon pada 14 Oktober kelak.

Manakala majlis untuk pihak lelaki pula akan diadakan pada tahun hadapan setelah dia pulang ke Kelantan.

Kami mengucapkan tahniah kepada Khalid dan isteri atas perkahwinan ini dan semoga sentiasa dalam limpah rahmat Allah swt.

VIDEO: Ini Betul-Betul King Crab Fresh Dari Korea! 😱😱😱

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram