Gadis Bertudung Mangsa Diskriminasi Hotel 5 Bintang

0
993

Mencari pekerjaan di saat ekonomi tidak menentu ini bukanlah mudah. Kebanyakan dari kita tidak lagi mampu memilih pekerjaan, asalkan ianya halal dan mampu menanggung kehidupan seharian.

BACA: Mahu Hilangkan Lemak? Jom Cuba Cara Ini

Namun, jika majikan yang menawarkan kerja bertindak melampaui batas agama dan norma budaya, ianya memang tidak boleh diterima.

Baru-baru ini dua remaja mendakwa menjadi mangsa diskriminasi oleh sebuah hotel bertaraf lima bintang di Petaling Jaya ketika menjalani temuduga. Hal ini hanya kerana mereka bertudung.

Sumber dari wanista.com

Sebaik sahaja memasuki bilik temuduga, panel yang merupakan seorang wanita bukan Melayu berkata menegaskan calon tidak boleh mengenakan tudung.

Syarat tak dinyatakan dalam iklan

Salah seorang mangsa, Nur Elyna Hasan berkata dia dan rakannya Norfazliana Mohd. Nasir berasa sangat kecewa dengan tindakan pengurusan hotel berkenaan kerana syarat itu tidak dinyatakan dalam iklan pemilihan bagi jawatan penyambut tetamu yang ditawarkan.

Apabila diberitahu tidak mahu buka tudung, panel itu langsung tidak mahu meneruskan proses temuduga berkenaan. Nasib yang sama turut dialami beberapa calon Melayu beragama Islam lain yang bertudung.

Sekadar gambar hiasan

Mengulas lanjut, Nur Elyna berasa terkejut dan marah dengan layanan diterimanya apatah lagi tindakan itu dilakukan di negara ini.

Apabila pergi temuduga semua benda yang diminta tidak diperiksa, dan lain pula yang jadi. Dia merasa kecewa dengan tindakan kurang profesional pihak pengurusan hotel.

Penindasan secara halus ini harus dihentikan segera. Jika tidak, golongan ini akan terus mengambil kesempatan atas isu sebegini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Lepas Daki Bukit, Terus Pekena Ramen Pedas!