Gagal Buka Bengkel Kereta, Kini Tauke Air Mangga

0
1841
Gambar: BH Plus

Walaupun pernah gagal dalam pengajian dan sering bertukar-tukar pekerjaan tidak menjadi alasan untuk dua beradik patah semangat mencari rezeki yang halal dengan membuka perniagaan ais kisar berasaskan buah mangga di Ipoh.

BACA: 5 Juadah Yang Anda Boleh Buat Dengan Pulut

Mencari kelainan dengan memberi jenama ‘Abang Mangga’, Mohd Mazli Mohd Yusof, 28, dan adiknya Muhammad Mazuan, 24, mengambil langkah berani membuka perniagaan dibawah syarikat Ninety Two Happiness.

Gambar: BH Plus
Gambar: BH Plus

Mazli yang sebelum ini pernah gagal dalam perniagaan bengkel kereta telah berkerjasama dengan adiknya yang sebelum ini tidak sempat menghabiskan diploma di Politeknik Ungku Omar (PUO), kini mempunyai dua cawangan gerai ais kisar mangga ‘Abang Mangga’ atas sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan pada minggu pertama perniagaan mereka.

Kelainan yang diberikan Mazli kepada ais kisar mangganya ini adalah dengan menggunakan mangga segar, sos perasa khas, susu cair dan susu pekat serta mangga yang dipotong dadu menambah kesedapan dan kesegaran ais kisarnya dan menyebabkan para pelanggan sanggup beratur panjang bagi mendapatkan ais kisar Abang Mangga ini.

Gambar: BH Plus
Gambar: BH Plus

“Hasil jualan harian bergantung berat mangga yang diperoleh pada hari sebelumnya, namun ada kalanya mampu meraih keuntungan bersih sehingga RM300 sehari setiap gerai dan RM600 untuk kedua-duanya,” maklum Mazli ketika ditemui Berita Harian.

Lebih menarik lagi, harga yang dikenakan bagi ais kisar Abang Mangga adalah sangat berpatutan iaitu hanya RM3 bagi cawan kecil dan RM5 bagi cawan besar jadi tidak menghairankan ais kisar ini menjadi pilihan ramai untuk dinikmati ketika cuaca panas.

gagal-buka-bengkel-kereta-kini-tauke-air-mangga-vitdaily-05

Mengambil berat setiap kritikan dan komen yang diberikan para pelanggan, Mazli dan adiknya sentiasa menambah baik kualiti ais kisar yang mereka jual bahkan mereka turut mengambil kira komen-komen yang diterima di laman media sosial Facebook.

Ais kisar Abang Mangga ini juga tidak berkompromi daripada segi rasa dan kualiti oleh kerana itu Mazli dan Mazuan sendiri yang akan membancuh campuran ais dan bahan yang lain bagi mengekalkan rasanya di gerai mereka yang terletak di hadapan Mydin Meru dan juga Bercham.

gagal-buka-bengkel-kereta-kini-tauke-air-mangga-vitdaily-04

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram