Gagal SRP, Kini Hasil 3,600 Roti Burger Sehari

0
7058
Gambar: Sinar Harian

Pernah kecewa dengan keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan ketiadaan duit untuk menyambung pelajaran telah mendorong Mohd Zulkhafli Awang untuk bekerja di sebuah kilang roti di Ipoh.

BACA: Dulu Kerja Pasar Raya, Kini Jual 10,000 Burger Sebulan

“Masa itu tahun 1979, saya pada awalnya kecewa sebab gagal dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Niat nak sambung lagi belajar memang membuak-buak masa itu cuma bapa saya beritahu dia tak mampu nak tanggung sebab tiada wang.

“Saya ambil keputusan untuk berhijrah ke Ipoh. Nak dijadikan cerita, bapa saudara saya yang bekerja di sebuah kilang roti di Jalan Kuala Kangsar, mengajak saya bekerja di situ sebagai pembuat roti untuk menampung belanja sekolah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Bermula sebagai pembantu pembuat roti dan kerana ketekunan dan kesabaran Mohd Zulkhafli, 52, majikannya telah memberi kepercayaan untuk menguruskan pembuatan roti di kilang itu dan beliau pernah dilatih oleh seorang pembuat roti berbangsa Inggeris untuk mendalami proses pembuatan roti yang berkualiti.

Gambar: Sinar Harian

Selepas berkhidmat di kilang tersebut selama lima tahun dan merasakan dirinya sudah mahir dengan proses pembuatan roti, anak kelahiran Taiping itu mengambil peluang untuk membuka perusahaan roti burgernya sendiri di bawah jenama UK Burger.

Walaupun menghadapi masalah daripada segi kelengkapan seperti ketuhar dan mesin pengadun , jenama UK Burger masih mampu menghasilkan sekitar 3,600 biji roti dalam masa sehari.

Kebiasaannya jumlah tersebut dipasarkan untuk pasaran Ipoh dan Parit Buntar dan kini jenama tersebut mempunyai pelanggan tetap tersendiri daripada penjual burger di sekitar Ipoh.

Para pelanggan berpuas hati dengan kualiti roti yang ditawarkan bahkan ramai yang mengatakan roti yang dihasilkan Mohd Zulkhafli setanding dengan roti burger yang terkenal.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram