Gila! Harga Kerepek Kentang RM47 Di Jepun

0
2762

Walaupun ia kedengaran agak pelik tetapi itulah yang berlaku di Jepun apabila harga snek kerepek kentang mencecah 1,250 yen atau RM 47 baru-baru ini.

Ini berikutan ladang pertanian kentang di Hokkaido ditenggelami banjir dan dilanda taufan pada tahun lepas yang menyebabkan hasil pengeluaran kentang merosot seterusnya menjadi masalah besar kepada pengeluar kerepek kentang.

BACA: McD Perkenal Frork, Garfu Kentang Goreng?

Sumber dari sinarharian.com.my

Bloomberg melaporkan harga normal bagi kerepek kentang itu dijual dahulu hanyalah 200 yen bersamaan RM 7.65 tetapi harga naik berkali ganda menjadi RM 47 sebungkus dalam lelongan dalam talian.

Malah, pengeluar utama keropok kentang, Calbee dan Koike-Ya juga terpaksa menghentikan pengeluaran 50 produk disebabkan tiada sumber bahan asas iaitu kentang.

Mereka boleh mengimport kentang dari Amerika Syarikat namun mempunyai had kerana Jepun mempunyai dasar melindungi ekonomi untuk petani tempatan.

Kebanyakan pengeluar snek kentang tidak dapat memastikan bila mereka dapat menghasilkan kembali snek kentang yang diminati ramai itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)