Gordon Ramsay Ajar Pelajar ‘Sumpah’ Makanan

0
2545

Chef paling digeruni kerana caranya yang bersahaja apabila mengkritik makanan, Gordon Ramsay, menjadi bualan warga laman sosial baru-baru ini telah menarik pelbagai reaksi orang ramai dari seluruh dunia.

Gordon Ramsay yang juga mempunyai rancangan masakan sendiri kini mempunyai sebuah rancangan baru bertajuk The F Word bertujuan untuk melatih pelajar Academy of Kitchen Outrage bagaimana untuk ‘menyumpah’ makanan apabila makanan yang dihidangkan tidak sedap.

BACA: Kutuk Makanan India, Gordon Ramsay Kena Kecam?

Cara Ramsay mengkritik makanan ialah dengan ‘menyumpah’ makanan yang baginya tidak menarik serta tidak sedap. Mungkin caranya agak kasar namun itulah identiti Gordon Ramsay yang dikenali ramai.

Sebenarnya, Ramsay ingin mempromosi satu pertandingan di mana seorang pemenang bertuah akan dapat melihat rancangan terbarunya secara langsung dari studio.

Selain itu, pemenang tersebut bakal ditempatkan di tempat VVIP khas dan berpeluang untuk menjadi juri, merasa makanan dan mengkritik makanan disediakan oleh peserta rancangan tersebut nanti.

Walau bagaimanapun, tujuan sebenar pertandingan ini diadakan bagi mengumpul dana untuk Hospital Great Ormond Street di London.

Kita mungkin biasa melihat Ramsay sebagai seorang yang tidak berhati perut namun dia ada membuat kebaikan melalui caranya yang tersendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gila, Tak Sampai RM50 Pun Boleh Makan Kat Me’nate!!!!