Guna 3 Bahan Ini Untuk Buat Kek Keju Viral

0
1873

Kek keju Jepun sememangnya terkenal kerana teksturnya yang lembut dan rasanya yang menangkap citarasa peminatnya serta ia sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut ataupun ketika minum petang.

BACA: Cara Anda Potong Kek Selama Ini Salah

Kebiasaannya resepi membuat kek keju Jepun ini memang menggunakan pelbagai jenis bahan seperti jus lemon dan teknik membuatnya juga agak sukar untuk diikut jika baru pertama kali membuatnya,

Namun begitu seorang Youtuber bernama Ochikeron telah kongsikan satu resepi mudah untuk membuat Souffle Cheesecake ini dan mendapat sambutan orang ramai

Apa yang menarik tentang resepi kek keju ini adalah ia hanya menggunakan tiga jenis bahan. Oleh itu kami kongsikan resepi dan cara membuat kek keju ini untuk anda cuba.

Bahan-bahannya


3 biji telur
120 gram coklat putih
120 gram cream cheese

Cara membuatnya

1. Putarkan putih telur sehingga kembang (menjadi meringue) dan ke tepikan untuk seketika

2. Masukkan coklat putih yang telah dicairkan, telur kuning dan gaul rata bersama cream cheese

3. Seterusnya masukkan telur kuning dalam adunan cream cheese tadi.

4. Akhir masukkan sedikit demi sedikit meringue ke dalam adunan cream cheese itu tadi dan gaul rata.

5. Sebelum itu panaskan oven pada seuhu 170 celcius selama enam minit.

6. Sapukan minyak pada kertas parchment untuk elakkan kek merekah dan tuang adunan ke dalam acuan.

7. Bakar menggunakan teknik water bath dan bakar pada suhu 170 celcius untuk 15 minit.

8. Turunkan suhu kepada 160 celcius dan bakar selama 15 minit lagi.

9. Tutup suhu oven dan biarkan kek di dalam oven selama 15 minit sebelum dikeluarkan.

10. Kek anda siap untuk disajikan.

Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram