Hadiah Bihun Sempena Hari Guru

0
427

Setiap tahun pasti ada hadiah unik yang diberikan oleh anak murid kepada guru sempena sambutan Hari Guru. Walaupun ianya tidak mahal namun ia amat bermakna kepada guru.

BACA: Hari Guru Punya Pasal

Adik Nurwafa Qistina Khairuddin, 8, memberi hadiah bihun kering kepada guru-guru kesayangannya sempena sambutan Hari Guru semalam. Idea hadiah itu datang daripada ibunya yang pergi ke kedai untuk membeli barang sambil terfikir hadiah apa sesuai diberikan kepada guru-guru yang mengajar anaknya itu.

Ibunya, Syahirah Hani Mohamed Ali, 31, yang juga pembantu tadbir memberitahu bahawa anak perempuannya itu tidak kisah hadiah apa yang ingin diberikan asalkan ada hadiah.

“Nasib baik dia OK, dia memang jenis tak kisah, janji ada hadiah,” katanya lagi kepada mStar. Dia membungkus bihun kering itu dengan perencah sup menggunakan riben dan juga menulis setiap nama 12 guru yang mengajar anaknya di Sekolah Agama Al-Munir, Teluk Intan, Perak.

Selain itu, Syahirah Hani turut berharap guru yang mengajar anaknya mendoakan kejayaan Qistina. Sebenarnya idea hadiah ini bagus kerana ianya tak membazir malah guru juga gembira kerana rasa dihargai pada hari istimewa sebegini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

TerjahFoodtruck: Foodtruck Jual Dessert Padu?