Hadiah Dari Cucu Buatkan Atok Garang Jadi Penyayang

0
3250

Semakin meningkat umur seseorang terutamanya apabila sudah menjelang usia tua pastinya seseorang itu akan berubah menjadi lebih sensitif dan mudah berasa marah kerana menganggap ramai orang tidak memahami kehendak mereka.

BACA: 10 Sebab Lokasi Ini Jadi Sasaran Pencinta Kucing

Situasi yang sama dihadapi oleh seorang cucu dan datuknya yang dikatakan sering marah-marah. Jiji, 94, adalah seorang datuk kepada cucunya yang juga merupakan seorang jurugambar.

Menurut cucunya setelah datuknya pencen, beliau sering menjadi marah-marah dan berasa emosional namun keadaan segala-galanya berubah apabila cucinya memberikannya hadiah sempena hari ulang tahun kelahirannya.

Hadiah yang diberikan cucunya itu adalah seekor kucing yang sangat comel dan manja dengan tuannya. Tujuannya cucunya menhadiahkan kucing tersebut supaya ia dapat menjadi teman kepada datuknya itu.

Kucing berwarna oren berbelang putih itu dinamakan Kinako dan kehadiran kucing tersebut berjaya mengubah sikap pemarah datuknya menjadi seorang yang mudah dibawa berbincang dan lebih mesra terhadap keluarga.

Kami kongsikan juga beberapa aksi kucing comel itu bersama tuannya yang sememangnya mengambarkan kasih sayang antara manusia dan haiwan.

VIDEO: Rangup Betul Pizza Onion Ring Yang Kami Buat