Hanya Kerana Mee, Tuan Kedai Mati Dipancung

0
23313
Lokasi kejadian berlaku. Gambar: SMCP

Bermula dengan pertelagahan antara pemilik restoran dan pelanggan berkenaan harga makanan yang disediakan telah menyebabkan satu kejadian maut berlaku.

BACA: Kerana Beg Kertas McD, Wanita Kena Denda RM2,002

Menurut laporan akhbar tempatan, Wuhan Evening News suspek telah memancung kepala pemilik restoran tersebut pada Sabtu yang lalu setelah pergaduhan berlaku.

Dipercayai suspek menggunakan senjata pisau dapur untuk menyembelih mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Insiden itu terjadi apabila suspek memesan tiga mangkuk mee dan pergaduhan timbul apabila pemilik restoran dikatakan mengenakan harga sebanyak 1 Yuan (65 sen) untuk setiap mangkuk.

Sekadar gambar hiasan

Lebih tragis lagi suspek telah mencampakkan kepala mangsa ke dalam tong sampah setelah memancungnya.

Mangsa yang berusia 42 tahun itu meninggalkan anak lelakinya berusia 13 tahun dan telah bercerai kira-kira lima tahun yang lalu.

Pihak polis tempatan juga meminta orang awam untuk tidak menyebarkan gambar mangsa di dalam laman sosial media. Manakala nasib suspek tidak diketahui sehingga kini.

VIDEO: Lubuk Makan Western Puas Hati Di Pulau Pinang! 🔥 🔥 🔥

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram