Harga Petrol Turun 19 Sen Minggu Ini

0
2643

Setelah mengalami kenaikan harga minyak pada Februari yang lalu kini mungkin khabar gembira bagi majoriti rakyat Malaysia apabila harga petrol RON95 dan RON97 diumumkan turun sebanyak 17 sen seliter dan 19 sen seliter.

BACA: Perang Harga Petrol Bermula Hari Ini

Manakala bagi diesel pula turun sebanyak 9 sen seliter dan akan berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam ini seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Penurunan ini menjadikan harga terbaru RON95 adalah RM2.13 berbanding sebelum ini iaitu RM2.30 dan harga terbaru untuk RON97 pula adalah RM2.41 berbanding RM2.60 sebelum ini.

Harga diesel yang terkini adalah RM2.11 seliter berbanding RM2.20 sebelum ini.

Sekadar gambar hiasan. Gambar: Mstar

Kaedah penetapan harga mingguan yang akan diumumkan oleh kerajaan pada hari Rabu setiap minggu merupakan pertama kali dilaksanakan di negara ini setelah kaedah penetapan secara bulanan digunakan sebelum ini.

Harga terbaru bahan api ini akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 30 Mac sehingga 5 April 27 dan selepas ini kerajaan akan mengumumkan perubahan harga bahan api setiap minggu.

Pada awal Mac ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah mengumumkan tentang kaedah penetapan harga bahan api terbaru ini.

Sekadar gambar hiasan.

Menurutnya seperti yang dilaporkan Sinar Harian, kaedah terbaru ini memberikan kesan positif kepada semua pihak.

Akan tetapi ada beberapa pihak berasa bimbang berkenaan pelaksanaan kaedah baru ini kerana setiap stesen minyak akan bersaing sesama sendiri bagi menetapkan harga minyak yang terbaik untuk para pelanggan.

Antara yang akan terkesan adalah stesen minyak kecil yang bermodal rendah kerana sukar untuk bersaing dengan stesen minyak yang besar dan mempunyai modal yang besar.

VIDEO: Apa Yang Kami Makan Di Kuala Terengganu?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram