Hari Guru Punya Pasal

0
5967
Gambar: Bernama

Menjadi kebiasaan apabila tibanya Hari Guru pasti kemeriahan di sekolah bertambah-tambah kerana pelbagai aktiviti antara guru dan anak murid diadakan bagi meraikan hari yang istimewa untuk seorang bergelar cikgu.

BACA: Biar Betul Chicken Chop Semurah RM3.90?

Oleh kerana itu jugalah warga SMK Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah telah bekerjasama antara murid dan guru-guru bagi menyediakan hidangan ala ‘shell out’ sepanjang 156 meter untuk dimakan beramai-ramai.

Sebanyak 500 kilogram siput retak seribu telah digunakan bagi memasak hidangan tersebut dengan menelan belanja sebanyak RM8,000 yang juga dijayakan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Gambar: Bernama

Bagi penyelaras projek ini, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Simpang Kuala, Rohana Yusof memberitahu Bernama bahawa program seperti ini pertama kali diadakan sejak sekolah tersebut ditubuhkan pada tahun 1989.

“Turut digunakan untuk masakan itu ialah 20 kilogram udang, 2,000 batang sosej, lobak merah dan brokoli sebanyak 70 kilogram, cili kering, bawang besar, serai, halia, santan dan 100 biji telur ayam,” beritahu Cikgu Rohana.

Gambar: Harian Metro

Persiapan untuk menyediakan hidangan ini hanyalah mengambil masa dua jam sahaja dengan cara gotong royong yang dimulakan seawal jam 8 pagi dan dimakan beramai-ramai di atas meja sepanjang 156 meter di tapak perhimpunan sekolah.

Ramai warga sekolah berasa teruja dengan program tersebut seperti pelajar tingkatan lima, Ahmad Kamal Omar yang tidak sabar untuk menikmati hidangan makanan laut itu bersama guru dan rakan-rakan.

VIDEO: Best ke makan di Shell Out ni?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram