Hati Hati Kandungan Garam Dalam Mi Kuning

0
28753

Mi kuning sering menjadi pilihan kononnya makanan untuk mengantikan nasi bagi mereka yang sedang mengamalkan diet karbohidrat akan tetapi sebenarnya kandungan kalorinya adalah sama sahaja dengan nasi.

BACA: Tips Jika Anak Menangis Dalam Penerbangan

Selain kandungan kalori yang hampir sama dengan nasi, mi kuning juga mengandungi kandungan garam yang tinggi yang dicampurkan ketika proses pembuatannya.

Mi kuning, mi segera dan bebola ikan adalah tiga makanan yang mudah ditemui di gerai-gerai makanan dan mempunyai rasa yang enak serta kos yang murah.

Ketua pakar pemakanan Institut Jantung Negara, Mary Easaw memberitahu tiga jenis makanan proses ini adalah tinggi kandungan garamnya.

Beliau turut memberitahu berbandingan daripada tiga jenis mi iaitu mee dan kuew teow hanya mengandungi 6 miligram sodium chloride (garam) dalam setiap 100gram sajian.

Akan tetapi bagi 100gram mi kuning terdapat 117miligram sodium chloride dan bagi 10 bebola ikan pula mempunyai 800miligram garam.

Ketika temubual bersama Free Malaysia Today, Easaw turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan pengambilan garam dalam makanan setiap hari.

“Orang ramai perlu tahu dari mana garam datang, ia bukan setakat garam serbuk yang dimasukkan ketika memasak.

“Makanan proses seperti daging kisar, makanan dalam tin, pelbagai sos seperti sos tiram, sos cili dan kicap soya sebenarnya mengandungi garam yang tinggi,” ujarnya lagi.

Pada Jun lepas, Menteri Kesihatan, Dr S Subramaniam telah mendedahkan 6.1 juta rakyat Malaysia mempunyai penyakit darah tinggi dan 9.6 juta orang pula mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Manakala hampir 3.3 juta rakyat Malaysia tergolong dalam mereka obesiti.

Ketiga-tiga penyakit ini berkait dengan pengambilan garam yang tinggi dalam permakanan seharian dan kerana itulah setiap daripada rakyat Malaysia perlu sedar tentang bahayanya pengambilan garam yang berlebihan.

VIDEO: Mampu Tak Kami Habiskan Patin Besar Lengan?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram