Hidangan Terbaru Kari Sushi King Pedas Gila?

0
2130
Sekadar gambar hiasan

Mesti ramai yang tidak tahu apabila tiba musim panas di Jepun, masyarakat di sana akan menyediakan masakan yang panas dan pedas seperti kari supaya badan mengeluarkan peluh yang menjadi penyejuk badan semulajadi.

BACA: Gincu Perisa Kari Untuk Wanita

Hidangan kari telah mula diperkenalkan di Jepun sejak era Meiji dan sehingga kini ia mendapat tempat di hati rakyat Jepun sehingga diangkat sebagai salah satu makanan kebangsaan mereka.

Sebagai rangkaian restoran makanan Jepun yang terkenal di Malaysia, Sushi King telah memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu hidangan kari dengan tiga tahap kepedasan ‘Spicy Kick’.

Tahap kepedasan hidangan kari terbaru ini dibahagikan kepada kari tomato, kari biasa dan kari pedas. Lebih menarik lagi ia boleh digandingkan dengan tiga hidangan yang lain.

1. Chicken Katsu


Hidangan ini adalah menu kegemaran masyarakat Jepun di sana dan ia mempunyai ayam goreng salut rangup, nasi panas dan dihidangkan bersama kuah kari dan kacang panjang.

2. Seafood Fry


Selain sushi, makanan Jepun yang turut terkenal di seluruh dunia adalah tempura. Oleh itu Sushi King turut mengandingkan hidangan kari mereka dengan tempura makanan laut dan juga nasi.

3. Yakiniku


Yakiniku ini adalah menu hidangan daging yang dihiris nipis dan dimasak dengan bahan istimewa. Ia juga sedap dimakan bersama nasi dan kuah kari.

Ketiga-tiga hidangan anda hanyalah berharga RM15.90 dan anda boleh mencubanya jika ingin mencari kelainan selain sushi apabila ke Sushi King.

VIDEO: Ingat Susah Sangat Nak Buat Dumpling, Senang Je Rupanya

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram