Hotel Kucing Mewah Kini Di Damansara Perdana

0
600
Gambar: Catzonia.com

Menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan bukanlah satu hobi yang baru, kerana sejak daripada dahulu telah ramai yang membela kucing atas sebab kemanjaannya sehingga menjadi teman rapat kepada tuannya.

BACA: 10 Sebab Lokasi Ini Jadi Sasaran Pencinta Kucing

Bagi pemilik kucing pastinya akan kerisauan jika terpaksa meninggalkan kucing peliharaan di rumah tanpa pengawasan sekiranya perlu outstation ataupun ketika pergi bercuti.

Gambar: Catzonia.com

Oleh kerana itu, wujudnya servis hotel kucing yang pemilik kucing boleh meninggalkan si manja mereka di tempat ini tanpa perlu risau tentang kebajikan kucing mereka.

Percaya ataupun tidak hotel kucing ini juga mempunyai pilihan hotel mewah seperti yang ditawarkan oleh Catzonia Hotel yang terletak di Damansara Perdana, Kuala Lumpur.

Gambar: Catzonia.com

Menurut blogserius, para pemilik kucing tidak perlu risau kerana kucing-kucing yang diletakkan di hotel ini akan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh para pekerja bahkan kucing-kucing akan dibelai seperti Very Important Feline (VIF).

Harga yang ditawarkan oleh hotel ini juga sangat berpatutan iaitu bermula RM25 bagi bilik ekonomi dan tiga pilihan bilik yang berbeza iaitu RM49.90 (Comfy Room), RM69.90 (VIC Room) dan RM99.00 (VVIC Room).

Gambar: Catzonia.com

Selain itu anda juga boleh pilih beberapa pakej untuk grooming kucing kesayangan anda yang bermula RM50.00 sehinggalah RM95.00.

Daripada segi keselamatan, setiap bilik di hotel mewah kucing ini dilengkapi oleh CCTV dan setiap pemilik kucing boleh melihat kucing mereka setiap masa 24 jam.

Gambar: Catzonia.com

Jadi apa kata sesekali anda manjakan kucing kesayangan anda di tempat seperti ini dan biarkan kucing anda bergaul dengan kucing-kucing yang lain dalam suasana yang selesa dan terkawal.

VIDEO: Vitdaily – Restoran Gulai Kampung

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram