Ibu Jual Kek Coklat Untuk Rawatan Anak Leukemia

0
141
Gambar: Sinar Harian

Bukan niat meraih simpati ataupun mencari derma namun tujuan si ibu hanyalah untuk mencari kos bagi menampung rawatan dan kos pengangkutan berulang alik ke hospital.

BACA: Guna 3 Bahan Ini Untuk Buat Kek Keju Viral

Menurut Mazlina Ahmad, 33, dia tak pernah mengharapkan simpati orang ramai tapi dia berusaha mencari wang dengan menjual kek coklat yang dihasilkan sendiri.

“Boleh dikatakan dalam tempoh sebulan beberapa kali Adam perlu pergi ke HKL. Bila macam ini, saya terasa sangat kami banyak perlu pakai duit.

“Sebab itulah saya tekad menjual kek secara dalam talian dengan menguar-uarkannya di Facebook. Malah saya turut memuat naik status tentang masalah dihadapi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Lebih memberatkan adalah apabila suaminya yang bekerja sebagai penjawat awam turut menghidapi sakit tumor.

Atas rasa tanggungjawap sebagai seorang isteri, Mazliana memainkan peranan untuk membantu suaminya dan duaornag lagi anaknya yang berusia 11 tahun dan 18 bulan.

Ketika memulakan perniagaan, Mazliana bergantung kepada pesanan oleh jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mendapat sambutan yang baik.

Selain itu, Mazlina turut membuat iklan di Facebooknya dan daripada itu setiap hari beliau mendapat pesanan yang memberansangkan.

Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan kerana hanya berharga RM5 untuk sebekas kek yang melimpah ruah dengan topping coklatnya serta menggunakan resepi homemade yang sangat mudah.

Walaupun dilanda pelbagai masalah, Mazliana turut melahirkan rasa kesyukuran dan tidak berputus asa dengan masalah yang dihadapinya ini.

VIDEO: Lubuk Makan Western Puas Hati Di Pulau Pinang! 🔥 🔥 🔥