Ibu Kutip Derma Demi Bawa Anak Ke Disneyland

0
281
Nikki Smith dan dua orang anaknya.

Bercita-cita ingin menunaikan hasrat anaknya yang ingin bercuti ke taman tema terkenal dunia, Disneyland, seorang ibu kepada dua orang anak tidak kisah dikecam oleh orang ramai kerana melancarkan tabung derma bagi tujuan tersebut.

BACA: Murid Terhutang Budi, Dermakan Hati Untuk Cikgu

Ibu tersebut, Nikki Smith, 33, telah digelar sebagai peminta sedekah apabila merayu bantuan sebanyak £5,000 (RM27,617) untuk perbelanjaan membawa anak-anaknya ke Florida, Amerika Syarikat melalui laman web kebajikan GoFundMe.

Namun begitu, laman web tersebut terpaksa ditutup setelah dia menerima kecaman hebat daripada orang ramai dan mempersendakan usaha ibu tersebut.

Dia yang berasal dari Coalpit Heath, Bristol kemudiannya telah memohon maaf dan menerangkan sebab dia membuat tabung kebajikan tersebut demi membuktikan dia menghargai anak-anaknya.

Setelah itu ramai orang mula tersentuh dengan usaha yang dibuat oleh Nikki dan laman web tabung tersebut diaktifkan semula dan berjaya mengumpul dana sebanyak £6,500 (RM36,000) yang disumbangkan oleh orang ramai.

Nikki yang juga bertugas sebagai petugas hospital berasa terkejut dengan jumlah tersebut dan berterima kasih atas sumbangan orang ramai dan sangat menghargainya.

“Terima kasih, terima kasih! Semua ini sangat bermakna kepada kami.

“Semua penghinaan dan cercaan yang diterima, saya mula rasakan ia berbaloi untuk saya dan anak-anak,” katanya.

VIDEO: VITDAILY ORIGINALS: Kisah Jatuh Bangun Penjual Nasi Lemak RM1

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram